Sabtu, 1 Mac 2014

Jenjalan ke I-City Shah Alam

Bismilahirahmanirahim...

errkk.. ni cerita lapuk. sebabnya cerita cuti CNY baru ni masa ke kenduri kahwin anak saudara kat Gombak.. Tapi disebabkan kali pertama ke I-City maka nak masukkan jugak cerita , walaupun dah lapuk..

perjalanan dari Subang Bestari ke I-City sekitar 45 minit. bila masuk ajer ke jalan I-City berkenaan terus ajer jem.. sangkut kat atas jalan lama juga, oleh kerana kali pertama terus masuk ikut lorong bawah & terus jumpa Gate B . mujur terus ada parking kat tepi jalan tu. masuk ajer ikut Gate B & jumpa 'Water Park', naik sikit jumpa kat kawasan salji.
Rupanya ada jalan masuk lain, tapi kami jumpa ajer jalan tu terus masuk ajer.. tak cari dah jalan lain. 

tapi pada malam tersebut ramainya umat manusia, semua bangsa ada. memang satu Malaysia lar.. . kami sampai kat sana sekitar jam 10.00 ++ . lepak kat sana lama jugak la.. tapi tak masuk / main apa-apa pun. cuma habiskan duit beli makanan & mainan kecik-kecik untuk budak-budak tu ajer.



 
Papan Tanda Gate B. park kereta kat depan tu ajer.. 

 
Anak-anak excited semuanya. tengok lar orang kat kawasan sekitar tu, ramainya. agaknya semuanya berpusu-pusu keluar malam-malam untuk menghabiskan cuti CNY. 

Hanya boleh bergambar, untuk naik, NO-NO..


Kat patung lilin ni pun tak masuk. hanya ambil gambar kat luar ajer. keesokannya bila balik rumah , tengok dalam berita, bahawa kesemua patung lilin tu dah kena bakar. hancus.. angkara orang dalam. sekarang mungkin dah operasi baik kot ...



Nota Kisah & Teladan :-
- time cuti memang ramai orang kat kawasan pree ni rupanya. 
- bila dah sampai kat I-City ni, okey lar,, sekurangnya anak-anak dah tak tuntut nanti, 
- sebenarnya kat Terengganu pun ada, kat Pulau Warisan @ sebelah Pasar Payang @ Kg. Cina, tapi tidak dipopularkan. mungkin Kerajaan Negeri boleh tambah baik seperti menambah atau pelbagaikan permainan. mungkin boleh dinaik taraf lagi di kedian hari. .  Kawasan untuk beriadah pun dah banyak kat Ganu, tetapi kebiasaan penduduk tempatan kalau kat tempat sendiri memang tak sohor, kalau kat kawasan luar, berpusu-pusu lar kita nak gi.. ( pendapat makcik ni ajer)