Isnin, 17 Februari 2014

ukur baju di badan

Bismilahirahmanirahim

Tahun ni bajet untuk baju 'lounge suit' ada lagi.. Di Terengganu, tukang jahit tersohor adalah Tukang jahit Zeg & Zeg di Jalan Sultan Sulaiman. 

KPKT telah mengeluarkan garis panduan berkenaan etika berpakaian garis panduan kpkt tapi, lounge suit ni, bukannya nak pakai sokmo.. 

Yang nak diceritakan kat sini bukan lah berkenaan baju tu, tapi berkenaan interior design dalam butik ni ajer.  Bagi saya ianya amat menarik kerana masih dikekalkan tradisi dalaman rumah lama. ada banyak kayu berukir, koleksi hiasan barang-barang lama.

hiasan dalamannya tenang ajer, sesuai dengan konsep butik yang diketengahkannya. 

Ada frame keratan akhbar mengenai pemilik kedai berkenaan. ada juga balang gula-gula untuk pelanggan. 

 
masih ada bangku kayu lama. osk.. nostalgianya. kat butik ni selain dari tempahan baju korporat, ada juga batik & juga tempahan baju melayu. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan