Sabtu, 15 Februari 2014

Cuti CNY di k.l & majlis kahwin

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis lagi. walaupun cerita dah berlalu berminggu yang lepas, tetapi ini adalah kisah & teladan maka, mahu diceritakan juga..

pada cuti Tahun baru cina baru-baru ni, anak sedara en. abang melangsungkan perkahwinan di Gombak. maka kami sekeluarga berduyun la ke sana. kami bergerak hari Jumaat pagi & sampai kat sana petang & tido kat umah anak sedara di Subang. 

Keesokan harinya, kami dah gerak ke Gombak,. Alhamdulillah, traffic ok, agaknya semua warga K.L balik kampung kot.. 

Bila abis majlis ajer, saya paksa somi ke I-City di Shah Alam. dari Subang Bestari ke I-City tak jauh pun. ikut ajer GPS.  nak cerita semula aci tak..


 
Di majlis kat Gombak, semua dayang-dayang adalah lelaki. Anak sedara yang besar semuanya lelaki. jamuan nya best. nasi minyak, dalca, gulai daging & acar buah.  

Majlis kat rumah kakak pada 15 Februari. tema oren. 
 
Yang pompuan masih kecik-kecik lagi. 

 
menu utama kat rumah kakak gulai daging, sayur nangka. Masih berkonsep gotong royong. kat meja makan beradab kakak tempah dengan kawanya. saya hanya sempat buat trifles ajer. katanya sebijik buah tu RM 30.00 - RM 50.00. 

 
 
sebahagia keluarga besar bersama pengantin. Didoakan moga perkahwinan Shemi & Ros dirahmati Allah dan berbahagia hingga Jannah. Ameeen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan