Selasa, 31 Disember 2013

Terbang ke Sabah - Part 2

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

Alhamdulillah, 26 Disember, diberi kesempatan ke Sabah lagi, lanjutan dari kisah ini terbang-lagi-ke-sabah
Bertolak dari K. Trg dengan bas. Flight ke Sabah di KLIA jam 8.15 pagi.. Sampai kat KLIA jam 5.30 pagi, terus ke surau untuk solat subuh.

kedian, terus check in, masukkan luggage dan berjalan lah kami ke Gate A8 berjemaah. Ni first time naik Malindo Air. 


Naik jer flight, peruk dah berkeriut. tapi tak de makan, cuma disediakan air mineral & biskut kering. takkan nak cicah dengan air kosong. kalau ada air kopi best jugak...
dah la perjalanan 2 1/2 jam. 


Malindo Air ada skrin tibi,, boleh tengok citer.. tapi tak tengok pun.. menderetuh hingga landing kat K.K. Cara pilot landing macam takut jer skit.. 


Sampai ajer kat airport, tourist guide (TG) yang dilantik oleh ajen dah menunggu. hero yang pegang speker tu lar yang TG kitaorang. hero tu bagai tau, bangunan kat KK ni semuanya rendah sebab kebanyakan bangunan di bina kat kawasan tanah tambak. 

masa ni perut dah lapar yang amat.. mujur hero tu bagi tau makan tengahari kitaorang dah disediakan kat Restoran Sri Melaka kat Kg. Air. 
jarak dari airport ke hotel sekitar 15-20 minit jer. 

duduk aje dah disediakan segelas air teh cina dan semangkuk sup. tak pasti sup apa, tapi rasanya ada telur, rumpai laut kolagen. best juga. mungkin sebab lapar kut.  

selain tu, ada rendang daging, kari ikan, udang goreng, tauhu telur goreng & sayuran. tak sempat nak habis ambil gambar sebab dah lapar sangat. 

Kitaorang menginap di Hotel Le Meridien. Lintas jalan ajer dah jumpa pasar pilipin, sebelah ajer pasar malam pilipin. 

sampai ajer di lobby, disambut dengan ginger house dan pokok krismas. 

 
Ini bilik kami. Luas yang amat dengan 2 katil double, cukup segala kemudan yang ada. yang kureng skit sebab bukan menghadap ke laut. view nya ke kedai-kedai. 



 

bilik air nya pun luas.. yang best ada pili air.. boleh pilih nak mandi dalam tub atau shower.

selepas solat, kami berdua, membuta sampai ler jam 5.00 ptg. 
continue ler part 3..







Tahun baru Masihi 2014

BISMILAHIRAHMANIRAHIM


Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan rezeki untuk menghadapi tahun baru masihi 2014. Moga tahun ini lebih baik dan diberkati serta dikurniakan segala-gala yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Aminn..

Banyak yang tersenarai dalam, 'wishlist' 2014.. Impian 2013 & tahun sebelum ini  yang belum tercapai pun masih ada lagi yang di bawa ke depan.. 

Saya membahagikan impian & harapan  kepada 5 cabang utama . 
pertama adalah untuk Ilahi , 
kedua untuk suami, anak-anak & keluarga, 
ketiga adalah untuk kerjaya, 
keempat adalah untuk kawan-kawan, masyarakat & jiran tetangga
kelima adalah untuk diri sendiri.

 Didoakan agar Allah perkenankan segala doa dan harapan ini. Moga Allah membuka seluas-luasnya pintu rahmat -Nya untuk diri ini.Amin

Isnin, 30 Disember 2013

Penghujung Tahun Setiap tahun..

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

Setiap tahun bila tiba jer penghujung tahun, macam rasa nak mengamuk jer...

Muncul jer bulan duabelas, muka dah tak berapa nak senyum, mulut asyik nak bebel ajer, tangan macam nak ketuk-ketuk kat meja, pegang kepala,,ketuk-ketuk kat dinding dan mana-mana staf yang buat tak kena, larikan kepala, mengular tak tentu masa rasanya macam nak sembur dengan api naga....

Tapi diorang ni macam buat derk jer.. macam tak de apa-apa. iskk geram sungguh rasanya.

Bila hujung tahun, plan bercuti pun banyak, lawatan lagi, mesyuarat lar, seminar lar,, bagi kerja sebelum tu bila balik boleh diaorang tak selesaikan jugak.. iskk poning makcik ni..

masuk pagi sekejap, pas tu dah ngulor kemana-mana..  sampai ler ke petang tak nampak batang hidung diorang,.. naik minyak betul .. ragam senior, ragam junior.. macam-macam hal.. 

Baru jer selesaikan sebahagian fail..  fuh... 



Bukan kat atas meja ajer, kat bawah pun ada..kat kabinet tepi lagi banyak.. 








Ahad, 29 Disember 2013

Ulam-ulaman di Kebun Dapur

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

Kat kawasan rumah yang hanya sekangkang anak kera ajer, tapi semua jenis pokok nak ditanam. Apabila blogwalking ada yang tanam jual pokok kemunting, saya pun royan cari pokok kemunting jugak. Pokok kemunting kat sini masih berlambak-lambak kat tepi jalan. Tapi takde lar saya pergi congkih gali kat tepi jalan tu.. kang happer ke pelikkan orang tengok kelih. 

Tukang tanam saya lebih suka tanam pokok yang memberi manfaat daripada tanam pokok bunga dan pokok hiasan. Bayangkan hanya pokok bunga raya aje yang ada. Tu pun,, dia nak buang jugak. Tapi saya larang. Hanya harapkan bunga ini ajer yang menceriakan sikit. Yang lain semuanya hijau ajer..



Sekarang ni memang tengah giat menanam pokok ulam seperti pegaga, pokok kaduk, daun bawang, tomato, kangkung.

Buah tomato hanya sebiji ajer yang berbuah. Sebelum ini belum sempat masak dah busuk. harap nya yang ini dapat masak ranum dan tidak buruk sebelum dipetik.





 
pokok pegaga yang masih belum galak menjalar. Baka pun diambil dari rumah kakak ipar.

Pokok Kaduk. Best kalau Masak pedas air campur petola & makan bersama ikan goreng masin. 

 
Pokok ginseng jawa . dan yang sebelah pun pokok ginseng jawa yang dah tua berserta pokok kari. pokok kari ni pun lambat jugak membesar. masih sejengkal setengah dari dulu. Nak ambil daun buat masak kari pun bimbang.





Pokok ulam raja, pun baru dua jengkal naik. lambat benor besar. Anak-anak pokok ulam raja ni, dah makin banyak. Harapnya dapat hidup subur nanti.



Isnin, 23 Disember 2013

Sakit Itu Pencuci dosa

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

Alhamdulillah, bersyukur sangat dengan sakit yang Allah bagi ini. Semenjak tangan kiri sakit disebabkan xcident  ini , semua kerja-kerja rumah jadik terbatas dengan sebelah tangan sahaja yang dapat berfungsi dengan baik. 

Akhirnya akur dengan dugaan kecil yang Allah beri. Mungkin banyak kelemahan diri. Lagipun dah lama dah segar-bugar. 

Mungkin benar, setiap sakit itu adalah pencuci dosa, penguat jiwa, tanda Allah menyayangi kita. Redha dengan dugaan kecil ini

Selain dari dugaan kecil yang Allah bagi ini, rupanya banyak lagi nikmat lain yang Allah kurniakan. Diharapnya diri ini  sentiasa redha dengan qada & qadar Allah.

Selain itu, disebabkan keterbatasan membuat kerja-kerja rumah, maka makin bertambun lah baju di dalam bakul, berdaki la sinki dan dapur. 




Rabu, 18 Disember 2013

Terbang lagi ke Sabah

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

Alhamdulillah dapat offer bersama staff pejabat ke Sabah cuti krismas ini. Macam nak tolak jer.. hujung tahun ni banyak perbelanjaan; anak sekolah;kelengkapannya; jenjalan dengan anak; birthday anak.. 

Tapi.. dah 3 kali tolak tawaran lawatan untuk akhir tahun ni. Akhir November ari tu tolak tawaran ke Hatyai, awal minggu baru ni tolak seminar di J.B. sruh staff aje gi. hari ini pun tolak jugak lawatan berinformasi makcik Kiah ke Nilai & Key El. Macam dah tak mampu tolak jer.. Sabah bah.. heheheh..

sebelum ini dah 2 kali ke Sabah. Tahun 2008 & akhir tahun 2009 hari tu. 

Tapi, macam sayang jer, kalau tak join. Lagipun dolu tak de blog, gambar yang simpan pun ada beberapa keping jer.. cerita pun dah tak ingat, apa yang beli , pergi kemana,  pun dah tak boleh dijadikan panduan. 

Bila tanya En. Abang, dia bagi lampuijau.. okey ler tu.. confirm kena gi juga.. 

Pada tahun 2008 hari tu pergi dengan staff opis. 2 hari di Sabah, sehari di Sarawak.  & menginap kat Le Meridien. Betul-betul depan Pasar Filipina & bersebelahan dengan pasar malam. Banyak jugak rasanya memborong. Godek-godek dalam pc ada lar 2, 3 keping gambar. 


sempat bergambar depan menara yang glamer kat Sabah tu. maap ler.. puan blog kureng gemor tunjuk muka yang berlumuih..

di kaki gunung. sempatlah bergambar dengan member opis.. kebetulan hari tu memang saya sorang ajer pompuan. jadik terpaksa lah mengendeng ajer dengan member ni. 




beruntung sebab masa gi tu dapat lihat puncak walaupun sekejap. lepas tu, terus berawan & melitupi puncak gunung kinabalu.

Semasa tahun 2009, tak gi ke Kinabalu pun. sebab attend kursus di Tang Dynasty Hotel. boleh gi sekitar pasar philipine aje. 

Nanti kalau berkesempatan macam nak ke Pulau Gaya ajer. Nanti dah ramai member pompuan, so bebas skit bergerak. Insyaallah, jika berkesempatan nak bercerita jugak kat blog. boleh dijadikan panduan lenkali. 

Selasa, 17 Disember 2013

Terkena Minyak panas

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

Di malam yang disulami rintik-rintik hujan, tetiba ada tempikan.. arghh.. adus.. tanganku dah tercurah minyak panas.

Hanya Allah yang tahu kesakitannya. Insaf, hanya dengan sesenduk minyak panas, saya sudah tidak tahan sakitnya.. apa tah lagi seandainya panas neraka nanti. Ya Allah , lindungilah Aku & keluarga dan Umat ISlam seluruhnya dari balasan api neraka MU. Aminn..

Tindakan refleks yang diterima adalah dengan cari minyak gamat, sebotol saya curah minyak gamat atas tangan. En. abang nak basuh dengan air, tapi saya taknak.

Alhamdulillah, kesan minyak gamat, dapat meredakan seketika kepanasan. Lama juga saya lumur dengan minyak gamat tu, habis seluruh rumah berbau minyak gamat. Akhirnya selepas 45 minit, saya basuh jugak. masa tu dah okey, tak sakit dan tak panas dah.

Tak lama selepas tu, berdenyut balik. check dalam internet, katanya sapu aloevera atau ubat gigi atau air garam..



Kebetulan ada ubat cosway aloevera, terus saya lumur, pun tak tahan, saya pun pulun ubat  gigi, lumur sekata. leps tu baru lah okey. nak ke klinik dah malam benor, tahan ajer le sampai ke pagi.

Keesokan pagi, alhamdulillah dah berkurangan sakitnya cuma, kebas & tak merasa apa-apa & hanya ada kesan hitam ... 


keadaan tangan pada keesokan harinya.. belum kelihatan gelembung air, berdenyut-nyut.

Oleh kerana, kat opis ada mesyuarat bulanan, lagipun staff ramai yang ke kursus, maka terpaksa la ke opis jugak tangan bertanda dan nyut-nyut.... Muahhaa..


 
Hari kedua, kelihatan gelembung air dah timbul, dan kulit pun dah tersiat. pedih... dah macam ada tatoo jer. .ke kilinik dia cuma bagi ubat sapu dan painkiller jer..& doktor kata mungkin kesan hitam takkan hilang.. wallahualam..




NOTA KISAH DAN TELADAN :-(

-  yang penting jangan panik..
-  minyak gamat memang sesuai, tapi kurang sesuai jika kat bulu kening/ berambut kerana nanti dia dah tak tumbuh.
-  kalau kat klinik diorang suruh basuh dengan air, kemudian akan keluar gelembung air dan misi untuk membuang kulit-kulit mati berkenaan.. fhedihh..
-  sapu dengan ubat gigi dapat mengurangkan kepanasan, ubat gigi kan berangin.
-  sapu dengan aloevera memang berkesan.
-  ada orang kata sapu dengan susu pekat, madu dan lumur dengan telur - "saya tak cuba"
-  syukur dengan nikmat Allah ini, mungkin ada hikmah disebalik nya. Aminn..



Rabu, 11 Disember 2013

Masak-makan hujung minggu

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

sekadar berkongsi gambar dan resepi. Seperti sebelum ini, resepi untuk ingatan di masa akan datang. Ni pun.. dah tak berapa ingat
makcik ni dah nyanyuk kot..

Masak Tempoyak Ikan Patin ( Resepi mak)

Bawang putih         }
                               Kunyit hidup         }        ditumbuk sekali
Lengkuas               }
Lada hidup / cili padi }
tempoyak ] 2 sudu makan
daun kesum
bunga kantan
air
garam
 
kesemua bahan tumbuk dan digaul rata dengan tempoyak.


masukkan bahan-bahan tumbuk kedalam periuk dan isikan air beserta ikan. masukkan daun kesum dan bnga kantan. perasakan dengan garam

 
 taddaa.. siap. makan bersekali dengan sambal belacan goreng mak. perghh.. sedapnya..




selain itu, hujung minggu juga, masa untuk makan-makan kat luar. Tapi tak boleh selalu, nanti kopak duit bapak. sempatlah menjengah makan kat Gong Badak jer... 


 
menu kami suami isteri. Sup tulangnya kurang cedap skit.. Ayuni & Sulong makan makan yang lain.



 
alhamdulillah licin..harga pun tak delah mahal sangat untuk kami 5 sekeluarga. RM 40++ ajer. 




Isnin, 9 Disember 2013

Duit Berkeping-keping Di Dalam Beg

BISMILAHIRAHMANIRAHIM.

gambar : sumber google

Berbulan-bulan yang lepas, ada citer-citer kat opis mengenai skim pelaburan cepat kaya.. kaya lah sungguh. kayap adaler.

Saya tak berminat pun. lagipun belum pernah pun join mana-mana skim begini. Jualan langsung macam Avon @ Zhulian pun belum pernah masuk. bukan tak percaya, tapi kekurangan RM lah sebab utamanya. Tapi memang tak boleh di percaya.

Menurut staff tu skim ni terbahagi kepada 3 kategori. Bayaran keuntungan dari bayaran yang dibuat akan dibayar setelah 21 hari bekerja dan keuntungan adalah mengikut bayaran yang telah dibuat. sekiranya bayar RM 1k, maka keuntungan adalah RM300..

Jika ada ahli bawah kita, dapat keuntung lagi. macam skim pak man telo jer atau skim piramid atau skim swiss..

Masuk bulan yang ke4, staff ni menunjukkan akaun yang diterimanya telah meningkat 3 kali ganda dari bayaran yang dibuat. Selepas itu, yang tak disangka lagi adalah akak yang slow sorang tu pun masuk jugak dan dah terima pulangan berkali-kali ganda. 

oooohh. sungguh tidak percaya, hanya dalam 21 hari dapat keuntungan. Dah terbayang-bayang duit berkepuk-kepuk.. 

 gambar : sumber google



Staf aka Leader ni siap tunjukkan video dan macam-macam bagi mensahihkannya. Kebanyakannya ahli adalah orang berpengaruh & dikenali jugak. Leader ni pulak memang dikenali bukan kaki kelentong & tak memaksa cuma mengajak. 

Selang beberapa hari aje, ramai staff kat opis ni turut sama menjerumuskan diri dalam skim ini.. mereka semua bukanlah calang-calang orang.. kebanyakan semua nya ada segulung kertas yer. bukannya hanya slip result spm/srp/pmr & seangkatan di bawahnya.

maka bermula la episod;;;

Sselang 21 hari, kebanyakan ahli yang baru masuk tertunggu-tunggu hasil pulangan RM 300.00. Leader tu dah panasss punggok.. hidung dah berair.. kepala dah pusing. kerja tah ke mana... haiyaa... selang dua tiga hari berbagai-bagai alasan diberi..

Yang baru masuk dan belum dapat hasil pun ramai jugak, dan yang telah lama masuk dan dah dapat bayaran walaupun belum balik modal pun ramai jugak. 

akhirnya ...
keuntungan lesap
malahan modal pula turut hangus tanpa asap. 
huahua...
huahua..

Menangis lar tanpa air mata darah, duit bayaran dah lesap, keuntungan yang diimpi lenyap..
maka orang itu termasuklah makcik ni...
makcik ini yang belum pernah masuk apa-apa skim, tapi kali ini turut terkena..kali ini terjerumus kerana mengejar kekayaan sekelip mata

huhuhuh..
huhuhu..
Walaupun hanya kategori skim sikit sekali, tapi duit. duit tu.. habis belanja makcik untuk 1 tahun ini.. sebelum ni hanya tengok ajer member opis masuk skim swiss dll, kali ni terkena di batang hidung sendiri. Jika sebelum ini cuma membaca kat suratkhabar, dengar berita & tengok saing-saing ajer, tapi ini kalilah..

huhuahuahh..
entah apa lar nasib bagi mereka yang sanggup berhutang, buat pinjaman, mengadai demi mengejar keuntungan yang tak dapat ni..

****


Nota Kisah & Teladan
- jangan sesekali terjerumus mana-mana skim yang tak diiktiraf kerajaan.
- skim sebegini semasa panass & baru ajer diorang akan dapat hasilnya. apabila dah berbulan-bulan, yang atas dah mabuk duit, terus hanyut dengan duit kita.
- lain kali beringat dan ambil iktibar dari pengajaran yang dah berlaku. 
- Ada hikmah disebalik dugaan dan ujian yang Allah bagi. mungkin iktibar tersebut sebagai panduan di masa hadapan. 



Ahad, 8 Disember 2013

Kacau Bubur As-syura di Bulan Safar- Style Terengganu

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

Sebagaimana yang diketahui umum, biasanya di bulan Muharram aktiviti buat syura memang biasa dibuat kat kampung-kampung.

Tapi rasanya dah bertahun jugaklah tak mengacau syura. Saya tak pernah pulak buat sendiri, biasanya memang emak lah yang akan buat. baru-baru ni terasa nak makan syura. Terus calling mak dan tanya boleh tak. Mak pun bagi green light. cuma masa yang dirancang pada bulan Muharram tu tak jadi, sebab banyak kenduri kahwin hari cuti.

Oleh itu, bila plan dah ketemu hari yang sesuai, tak kira lah bulan Safar pun, saya tetap nak kacau Syura. Rupanya Mak2 Sedara & ayah pun suka, sebab dah lama tak kacau syura sama-sama. Happy jap bila dapat mengembirakan orang tua. 

Sehari sebelum xtviti mengacau tu, saya dah beli barang-barang dan siap-siap hantar kerumah mak. sebab kalau hantar pada hari kejadian, takut tak sempat mak nak proses. 

Kalau di ikutkan mak, dia cuma nak buat beras 2 kilo ajer, saya beli lebih sebab nak standby kut-kut tak cukup. mujur beli lebih rempah 1 kilo, tapi tetap tak puashati sebab macam ramai lagi ajer tak dibagi syura tu. Proses buat ni agak rumit jugak dan ambil masa yang lama. Start didihkan air jam 8.30 pagi, dan masak hampir jam 2.00 petang. Lagi satu, makin nak masak makin berat untuk ngacau, so kena gunakan kederat lelaki lar..

Resepi Syura - Terengganu Style

Rempah } . saya beli mengikut sukatan beras
Beras } 3 kilo - rendam dulu sekejap
nisan ( gula melaka) } 4 kerek
gula } 1 kilo
bawang } 1-2 kilo
lengkuas 
halia
Nyiur gula ( kerisik)
halba
santan } 2 kilo
ubi keledek, jagung, kacang merah/putih
ayam 3 kilo} sebaiknya rebus dulu & carik-carikkan
serai } 5 batang diracik
air 3 baldi kecik
garam secukupnya

proses awal. sebelum tu, mak didihkan air dalam periuk, apabila dah mendidih, boleh masukkan beras. apabila beras dah hancur dan lembik macam nasi air. boleh masukkan bawang, serai, halia, lengkuas.. kalau belum rebus bahan sampingan seperti kacang & ubi, sebaiknya letak semasa nasi mendidih
 
apabila dah sebati, masukkan rempah & kerisik, kacau lagi.
kemudian masukkan santan. kalau dah rebus segala bahan2 spt kacang, masa ni dah boleh masukkannya. ayam yang dicarik-carik pun dah boleh dimasukkan

 
lagi banyak bahan-bahan sampingan lagi sedap.

 
apabila dah likat dan kesemua bahan sebati dan masak dah boleh diangkat

selain syura tu, kena sediakan sambal ikan untuk cicah. biasanya mak ada buat telur dadar dan agar-agar. 
bahan-bahan untuk sambal ikan
ikan yang telah direbus
halia yang dhiris
bawang merah dihiris
nyiur
garam
 

proses mengoreng sambal sehingga keperangan. rasakan garam dan gaul sebati dan boleh diangkat. 

sedia untuk dibahagikan kepada sedara mara.


NOTA KISAH DAN TELADAN:-

 - Lenkali tak boleh buat 3 kilo, kena buat 5 kilo beras, baru puashati boleh dibahagikan dan selebihnya boleh dihantar ke masjid. 
- sebaiknya buat dalam kuali baru best untuk ngacau.
- kalau ikut resepi kat opis, diaorang ambik air halia dan air lengkuas, dan bukannya dihiris. bawang pun tak diblender, cuma di hiris dan dimasukkan sekali dengan bawang putih. ( * yang mak punya tak ingat samada diletakkan atau tidak bawang putih, sebab tak beli pun)
- kalau dimasukkan daging pun tetap kena rebus dulu dan dicarik-carik sebelum dimasukkan ke dalam periuk.
- untuk kasi ceria sebaiknya dadarkan telur dan agar-agar yang dipotong memanjang.
- happy sangat  sebab dapat berkumpul adik beradik & mak-mak sedara pun happy sebab dapat makan sura panas-panas.