Ahad, 27 Oktober 2013

Majlis Khatam Quran peringkat Negeri

Bismilahirohmanirahim..

salam .. sabtu yang lepas, anak kedua dipilih oleh ustazahnya untuk menjoin program khatam Quran peringkat negeri di Stadium tertutup.

kalau zaman saya dolu-dolu, majlis khatam Quran di adakan di peringkat kampung / keluarga/ bersama tok guru mengaji jer..saya dulu dibuat majlis khatam Quran bersama kenkawang yang mengaji bersama. kalau tak silap semasa cuti sekolah darjah 6. walaupun belum habis Quran 'besar', namun tokki ( guru mengaji) naksuruh buat juga bersama kenkawang yang lain. antara kami berempat (BFF), hanya saya aje yang lambat sekali menamatkan Quran 'besar'. 

alhamdulillah berkat ajaran tokki,sampai sekarang boleh mengaji. walaupun selepas itu, ramai tok-guru yang lain sebabnya masuk asrama. 

Anak sulong telah pun menghadirinya pada tahun lepas, ditempat yang sama.

berbalik kepada majlis khatam anak kedua kali ini, majlis perasmian jam 10.00 pagi, tetapi ustazah dah suruh berkumpul kat perkarangan stadium jam 8 pagi. kami bertolak dari rumah jam 8.15 pagi, dan nampaknya kereta dah bersesak -sesak, mujur kami hanya 2, 3 minit jer dari rumah. kali ni en. somi tak ikut sama, saya hanya ajak anak ketiga ajer .

bila nampak jer ustazah nya, saya pun passing jer ayuni & kami pun bersesak masuk mencari tempat duduk. penuh.. yang tinggal hanya seat atas sekali.. fuh.. menapak ler kami mencari tempat duduk . 

tunggu punya tunggu, jam 9.45 pagi baru ler stat.. tu pun belum lagi dirasmikan.. jam 10.15 MB hadir dan membuat sedikit ucapan perasmian. menurut beliau, negeri Terengganu masih mengekalkan tempat pertama bagi tempoh 3 tahun berturut-turut bagi pencapaian kelas KAFA di Malaysia.. 'tumpang bangga ' >__<

suasana pelajar sebelum program berlangsung. semua duduk bersila dalam kelompok sekolah masing2 dan dibekalkan air kotak, roti , sehelai tuala & senaskah buku ayat lazim Al-Quran & doa. tahun ni cuma di letakkan di dalam plastik je....





kami duduk kat atas sekali, kecik jer nampak diaorang kat bawah. tak nampak pun ayuni kat mana. untung jugak duduk kat atas sebab nampak gelagat orang ramai macam-macam ragam, toilet pun dekat jer. tapi kalau tak de sesapa nak tulong beli makanan, berlapaq lah kat atas sana. kebetulan kami dah siap-siap bawak bekal, sebelum masuk dewan pun dah beli bebola untuk fiqa... (belajar dari yang tahun lepas ). padahai kedekut


Inilah peneman saya selama 3jam kat dewan tu . fiqa suka sangat sebab tahun lepas dia tak buleh mari, saya cuma ajak ayuni aje. kalau ajak dedua, tak leh nak control.. nanti 2 tahun lagi mama ngan Azrie plak kat atas ni tengok Fiqa . kalau program ni masih diteruskan & di panjangkan usia.


menjamu selera dengan nasi bekal yang disediakan oleh pihak sekolah. menjamu kat bawah pokok palma. macam pokok kurma jer & dah terasa macam duk kat arabia...
tahun ni, cuma diberi bekal di dalam plastik jabir .. tahun lepas ada juga beg . peruntukan dah kurang agaknya. semasa awal program ni dilaksanakan, ada yang dapat rehal, Naskah AlQuran, tetapi semenjak akhir2 ni, makin tecit bajet. tapi yang Ayuni suka sangat setiap pelajar akan dapat RM 20.00 seorang ( khatam)    &     RM 70.00 kalau yang hafazan



suasana kat luar. ada sesetengah cikgu yang masih mencari pelajarnya yang hilang. kebanyakanya yang datang dengan bas. . 


Banyak juga bajet kerajaan Negeri Terengganu untuk merealisasikan pendidikan Ulul Albab. Tahun ini aje 24 ribu orang pelajar KAFA yang diiktiraf, alhamdulillah, setiap tahun ada peningkatan. Kerajaan Negeri memang komited di dalam merencanakan program pelajaran.  cuma harapnya kerajaan tidak menamatkan program di peringkat sekolah rendah aje, ianya perlu diteruskan ke peringkat menengah. walaupun ada program tahfiz, imtiaz,dll, cuma rasanya macam tak menyeluruh je.. atau saya yang tak menyedari / melibatkan dalam semua program kerajaan. 

kesimpulannya :-

 - kena bawak bekal makanan, jajan ke, air .. berdondang sayang peyut kami kat atas walaupun 3 jam jer. 
-  sebaiknya bawak tikar, buleh lepak-lepak kat luar sambil makan nasik bekal. 
   sambil tengok gelagat orang . hehe..


>_< 

Rabu, 23 Oktober 2013

Lawatan si sulong

Bismillahirrohmanirahim..

hari ni nak bercerita berkenaan lawatan si sulong bersama kenkawang sekolah nya. lawatan dibuat bagi pelajar darjah 6 ke Negeri kelantan. yuran dibayar RM 40.00 & makan ditanggung . sebelum peperiksa UPSR pun dah ada lawatan sekitar Kuala Terengganu nak hilangkan stress konon..

setiap sekolah agaknya memang akan buat satu atau 2 program lawatan setelah abis periksa UPSR. seingat saya dulu masa darjah 6 ( tahun 1989 kot), sekolah ada buat lawatan jugak, ke kelantan jugok rasanya. tapi satu yang diingat adalah ke sekitar Kuala Terengganu, ke Sutra Semai dulu shohor lar tempat ni, penternakan ulat sutera & pembuatan kain sutera sekarang pun masih beroperasi.

lawatan sisulong adalah lawatan sehari ke Kelantan. kalau dilihat program nya, akan naik keretapi di pasir putih & bas akan tunggu di tanah merah, kemudian ke Pengkalan Kubur, pusing balik ke Pasar Siti Khadijah dan bersembahyang di Masjid Kubang Kerian dan bertolak balik

kelmarin (23.10.2013), diaorang bertolak dengan bas yang disewa oleh pihak sekolah jam 8.00 pagi. sebelum tu saya goreng ayamas, bekalkan vitagen, sedikit snek untuk dia makan-makan. dan tak lupa baju sejuk baju dll

  thung tahng kat kelantan sebagaimana jadual diorang. kamera si sulong tak bawak, tak ingat nak amik.
Jam 9.00 malam si sulong telefon dan bagi tau dah nak sampai kat sekolah.

sampai kat umah, dia bagi tau duit yang mama kasi tu, abg Yie bagi kat kawan RM 10.00 sebab membernya tak bawak duit sebab duduk asrama..yang lain buat beli jajan, makan dengan kenkawang dalam bas.. hisskkk..

sebanyak duit yang diberinya,,, balance yang dia bawak balik cuma RM 7.00 jer.. hiskkk tak leh bayang apa ler yang dia beli.. yang nampak dimata yang dibelinya cuma.....
;;;;;;
;;;;;
;;;;;

keychain untuk adik-adiknya. sorang satu, balance nak bagi ke abang sepupunya satu sorang. ni cuma RM 10.00 jer. RM 5.00 3 unit.


dodol 3 ketui untuk tok & tokki.. good boy. ingat kat atoknya.  asam jawa tu dapat free katanya. satu lagi yang tak ingat diambil gambar baju kenangan untuk dirinya. sememangnya telah lama dia 'aim' baju berlengan panjang tu.


inilah sisolong dengan sibongsu. gambar ni pun didepan pasar Siti Khadijah. pergi bulan puasa ari tu


pasar Siti Khadijah . nyelit gambar bulan puasa dulu jugok..

NOTA KISAH DAN TELADAN :-
- tak boleh bagi duit banyak ke anak jika ke lawatan. sure tak bawak balik balance. boboy kot. kalau gegirl lain kot. tunggu ayuni lar pulak 2 tahun lagi.
- kena standby makanan/ kamera / pakaian siap-siap pada malam sebelum. sebab sisulong ni tak standby gape-gape. pepagi tu baru lar kelam klibut nak buat.. haru larr..
- pastikan bawak baju sejuk, kain sembahyang, tuala & baju pakai 1@ 2.
- kalau tau ke pengkalan kubur, mamanya ini dah kirim toto / narita (*__*)
- cikgu-cikgu yang join lawatan ni buleh menyelam sambil minum air.. maklumlah ke  Pengkalan Kubur.best..


P/s : tak best nyer citer.. lawatan anak pun masuk blog.. tapi tak kisah lar,.. untuk kisah & teladan akan datang.. peace...

Selasa, 22 Oktober 2013

Majlis jamuan Aqiqah + Aidiladha

Bismillahirohmanirahim..

Alhamdulillah, majlis makan-makan selesai di laksanakan. jamuan aqiqah anak yang ke4 & sambutan raya Aidiladha pada raya ke2 baru-baru ini dapat dibuat sebagaimana yang dirancang. Walaupun ada kekurangan, insyaallah lain kali akan cuba perbetulkan. Aqiqah azrie & Sofiya tak dibuat cukur jambul & sebagainya , sebab diorang dah 1 1/2 ++ semuanya. so, buat makan-makan ajer..


sebagaimana edisi sebelum ini, memang kami merancang untuk buat nasi minyak, gulai daging, daging masak merah, nasi putih, ikan singgang, ayam masak merah, koktail dan air sirap. tapi sayang gambar setiap menu tak sempat nak snap. maklumlah tuan tanah sibuk melayan tetamu, bila disuruh sisulong, dia fokus gambar lain-lain. so, hanya 2, 3 keping ni aje gambor yang ada. buleh ler juga menjadi panduan akan datang.


emak, kakak ipar ( k. Roh) dan adik ( CT), sedang menyiapkan rempah ratus untuk masakan.

10.00 pagi
- emak , dan kakak ipar dah mari untuk menolong menyiapkan bahan-bahan untuk gulai daging.
  - waktu ini, dah buleh buat acar timun ( guna lebih kurang 20 biji )
  - bawang semuanya saya dah kupas pada malam, so diorang cuma tolong blend & gaul dgn rempah ratus
                 
abang-abang ipar & anak sedara yang sedang menolong melapah daging

11.00 - 12.00 tengahari 
 - daging dah sampai, mujur ada abang ipar & anak sedara yang tolong menyiang daging untuk digulai
- lepas tu buleh lah kami memasak. 
- kebetulan kami amik 2 bahagian ( RM 420.0 sebahagian - lebih kurang 14 kilo daging) & anak sedara 1 bahgian RM 520.00 ( 10 kilo daging). beli ayam dalam 4 ekor, ikan aya ( tongkol) 2 ekor
- yang jadi masalah apabila periuk & kuali besar takde, yerler kat rumah kami mana lah kami guna periuk besaq gedabakkang.last periuk mak jadi mangsa. tak per lepas ni kami standby  penting jugak rasanya untuk memasak lenkali


masa ni herohero dok sibuk masak merah ayam. buat yang simple jer. walaupun tetamu dah sampai, tetapi ayam last sekali masak. 


 periuk nasi ni memang menjadi idaman. memasak senang, tak de kerak. dah tengok kat kedai baru ni, RM 500.00 ++. yang ni cuma pinjam dengan sepupu.(TQ K. Yam)

 Ni periuk emak,. tapi ada lagi yang lebih besar sebenarnya. cuma yang ini aje ada dalam kamera. tong merah tu, untuk dibuat simpanan air, senang sebab dia bertudung

 antaranya kelengkapan barang-barang untuk jamuan tersebut. 


ada sewa kanopi, meja ( 2 biji), kerusi ( 50 biji), bekas nasi ( 1) . semuanya RM 200.00.
alhamdulillah tetamu makan berselera.lauk pauk yang ada buleh dibawa balik pulak oleh kaum keluarga. 

Kakak ipar & anak sedara yang banyak menolong. Zawahi buat air koktail' dboomm'& Kak Lur, sempat lagi menyediakan agar-agar koktail ( 100 bekas). Tq semua. 


Program : Majlis Aqiqah Wan Muhammad Azries & Sofiya
Jemputan : 150 orang ++
Menu : nasi minyak, gulai , masakmerah daging / ayam, ikan singgang, koktail, 
Kos : RM 1,500.00 +
Misi : Berjaya, dan perlu diteruskan di lain masa.

dan inilah hero nya : Wan Muhammad Azriey. sayangnya, gambar Sofiya tak de..

Nota Kisah & Teladan :)-
1) pastikan makanan mencukupi dengan jemputan 
2) sebaiknya biarlah jemputan selesa.
3) berserah kepada Allah moga di mudahkan segala urusan & dilimpahi rezeki moga di lain kali dapat dibuat jamuan lagi. amin..

Ahad, 13 Oktober 2013

Persediaan majlis makan-makan

salam.. 
kemain lagi tajuknya.. 

sekarang ni dalam proses nak buat makan-makan( kenduri) sikit. selepas sessi terjah blog kenkawan maya , akhirnya dapat ler idea nak buat cheklist kalau nak buat satu-satu majlis makan-makan.. chek list ni untuk tatapan diri jugak, mana tau, 4 taun lagi nak buat makan-makan plak. kalau berkesempatan & berkemampuan. insyaallah. moga dimurahkan rezeki. amin.  

cheklist ni berdasarkan pengamatan & bukannya tepat, ianya bergantung kepada jenis masakan, jenis kenduri, bajet, tempat dan lain2. yang ini hanyalah yang sederhana tecccciiit jer & seandainya nak main masak-masak sendiri bersama keluarga mcm yg saya nak buat ni.  . kalau kenkawang bajet lebih sebaiknya tempah jer, lebih mudah & tak susah-susah fenning kelapa.


Persedian jamuan
1.Menu masakan
-          Tentukan jenis masakan yang akan dibuat
-          Main dish, desert, minuman lain2
-          Menu standby - mana tau lar kut-kut masakan yang dibuat tu tak cukup, kang malam pun ada lagi yang mari, mesti kena standby . lebih baik berlebih pada tak cukup.


2.      2. Jemputan
-          Jumlah jemputan
-          Jangkaan hadir
-          Buat senarai nama & jemput sebelum majlis berlangsung
-          Pastikan saudara mara terdekat dijemput
-          Pastikan adik/ ibu bapa hadir awal untuk menolong preparation
-        
   
3.     3.  Persediaan peralatan
i)                    Peralatan memasak
-          Periuk nasi, periuk belanga, kuali, cerek, kendi, baldi, dapur, bakul dll yang seangkatan dengan nye


ii)                  Peralatan hidangan
-          Meja, kerusi, karpet, tikar,


-          Buffet nasi, lauk, bekas desert, bekas air masak/ manis/ sejuk,







dulang, piring kecil letak sudu/ senduk, teko air panas


iii) Peralatan makan
-          Pinggan, mangkuk, sudu, garpu, 

iv)                Peralatan mencuci
-          Bekas mencuci tangan, bekas letak pinggan / gelas kotor, sabun pencuci
-          Kain lap meja, kain lap pinggan cuci, kain lap tumpahan
-          Plastik sampah

v)                  Lain-lain

-          Tengok samada perlu sewa kanopi/ kerusi / meja tambahan @ tidak
-    buat tempahan seeloknya 2 minggu sebelum majlis berlangsung. ni kalau majlis yang tecit la.. mcm yg saya nak buat ni.  
-   kekadang berbelah bahagi samada nak tempah kanopi atau tidak. kalau tempah macam nak buat kenduri kahwin jer, tapi kalau rasa nak bagi tetamu tu selesa, nak elak tetamu makan dengan penuh aman tenteram lebih baik tempah & kalau ruang tamu kita hanya seluas kangkang anak kera, macam rumah saya, 

1.     4. Persediaan bahan masakan
-          Basuh pinggan, mangkuk, gelas ( hujung minggu)
-           Masak air gula ( hujung minggu & simpan di dalam peti)
-          Masak air masak disimpan dalam jug besar ( hujung minggu)
-          Bawang mesin ( 1 hari sebelum)

-          Kupas bawang ( 1 hari sebelum)
-          Kupas kentang/ timun/carot & seangkatannya  ( hari kejadian)
-         


-   Beli bahan mentah sehari sebelum kejadian - pastikan bahan masakan telah disenaraikan,. agak ler dengan jemputan yang telah/akan dijemput dengan bahan yang diperlukan. kalau nak lebih senang , buleh jer tanya tukang masak yang pro atau tanya jer tuan kedai.
-   Beli bahan masakan kering hujung minggu
-   Susun bahan masakan lain ditempat yg mudah ditemui oleh org lain mengikut jenis masakan
-    
5.  Persiapan kemas rumah
-   Hujung minggu > bersih habuk, bersih bilik anak, sembahyang,
-   Hari-hari  > dapur, ruang tamu, porc
-   Susun pinggan mangkuk yg telah dibasuh di tempat yg bersesuaian.
-   Jiak tempah kanopi pastikan tempat & pasang awal utk memudahkan penyusunan bahan perlatan

6.  Persiapan hari kejadian
i)                    Tempah air batu
ii)                  Susun tempat makan / kawasaan dengan
iii)                Buat desert yang ringkas jer.. kalau kek @ tart buleh jer sehari sebelumnya
iv)                Pastikan tempoh masa memasak dengan jemputan makan-makan
v)                  Persediaan untuk bungkus makanan utk dibawa pulang kepada tetamu yang berkenaan

ini antara cadangan  MENU MASAKAN yang akan disediakan oleh "saya" kononnya, untuk majlis aqiqah anak pada raya qorban nanti, 

1.      Nasi minyak
2.      Gulai gading
3.      Daging masak merah
4.      Acar timun
5.      Air teh o
6.      Air jagung
7.      Koktail
8.      Ketupat palas - 'tempah jer ngan mak'
9.      Agar-agar  - tak buleh kot, tak sempat, 
10.  Air masak
11. tapai pulut - tempah ngan mak juga lar.. 2 malam sebelum tu pergi bungkus jer..
makanan yang ringkas dan padat... sesuai lar kut pada hemat saya.. jemputan hanya sedara & jiran tetangga yang terdekat ajer dalam lingkungan 100 - 150 orang.  nanti bila majlis tu berlangsung harapnya dapat amik gambar dan dapat kongsi dakt sini. baru lah ada continue nyer.. 

errmm apa lagi agaknya. ...
kalau kenkawang ada yang lain mungkin buleh tambah.. buleh jadi rujukan bersama. T__T

Selasa, 1 Oktober 2013

kisah ke2

Hanya gambar bercerita..

1. sulong - lelaki  ( Disember 2001)

 bersama sepupunya di Cameron Highland 

 
disaat melangkah ke alam dewasa bersama sepupunya.. 

2. kedua - perempuan ( Disember  2004)
   

 3. ketiga - Perempuan ( Disember 2006)

  


 4. keempat - lelaki (Februari 2012)
 ini yang bongsu..
 
  xtvt kegemarannya





dah dikatakan catatan kenangan, haruslah ada gambar kenangan. didahulukan..
:- masih belajar. susah jugo yer.. tu ler, orang buat blog, deme nak buat blog jugok..