Ahad, 13 Oktober 2013

Persediaan majlis makan-makan

salam.. 
kemain lagi tajuknya.. 

sekarang ni dalam proses nak buat makan-makan( kenduri) sikit. selepas sessi terjah blog kenkawan maya , akhirnya dapat ler idea nak buat cheklist kalau nak buat satu-satu majlis makan-makan.. chek list ni untuk tatapan diri jugak, mana tau, 4 taun lagi nak buat makan-makan plak. kalau berkesempatan & berkemampuan. insyaallah. moga dimurahkan rezeki. amin.  

cheklist ni berdasarkan pengamatan & bukannya tepat, ianya bergantung kepada jenis masakan, jenis kenduri, bajet, tempat dan lain2. yang ini hanyalah yang sederhana tecccciiit jer & seandainya nak main masak-masak sendiri bersama keluarga mcm yg saya nak buat ni.  . kalau kenkawang bajet lebih sebaiknya tempah jer, lebih mudah & tak susah-susah fenning kelapa.


Persedian jamuan
1.Menu masakan
-          Tentukan jenis masakan yang akan dibuat
-          Main dish, desert, minuman lain2
-          Menu standby - mana tau lar kut-kut masakan yang dibuat tu tak cukup, kang malam pun ada lagi yang mari, mesti kena standby . lebih baik berlebih pada tak cukup.


2.      2. Jemputan
-          Jumlah jemputan
-          Jangkaan hadir
-          Buat senarai nama & jemput sebelum majlis berlangsung
-          Pastikan saudara mara terdekat dijemput
-          Pastikan adik/ ibu bapa hadir awal untuk menolong preparation
-        
   
3.     3.  Persediaan peralatan
i)                    Peralatan memasak
-          Periuk nasi, periuk belanga, kuali, cerek, kendi, baldi, dapur, bakul dll yang seangkatan dengan nye


ii)                  Peralatan hidangan
-          Meja, kerusi, karpet, tikar,


-          Buffet nasi, lauk, bekas desert, bekas air masak/ manis/ sejuk,







dulang, piring kecil letak sudu/ senduk, teko air panas


iii) Peralatan makan
-          Pinggan, mangkuk, sudu, garpu, 

iv)                Peralatan mencuci
-          Bekas mencuci tangan, bekas letak pinggan / gelas kotor, sabun pencuci
-          Kain lap meja, kain lap pinggan cuci, kain lap tumpahan
-          Plastik sampah

v)                  Lain-lain

-          Tengok samada perlu sewa kanopi/ kerusi / meja tambahan @ tidak
-    buat tempahan seeloknya 2 minggu sebelum majlis berlangsung. ni kalau majlis yang tecit la.. mcm yg saya nak buat ni.  
-   kekadang berbelah bahagi samada nak tempah kanopi atau tidak. kalau tempah macam nak buat kenduri kahwin jer, tapi kalau rasa nak bagi tetamu tu selesa, nak elak tetamu makan dengan penuh aman tenteram lebih baik tempah & kalau ruang tamu kita hanya seluas kangkang anak kera, macam rumah saya, 

1.     4. Persediaan bahan masakan
-          Basuh pinggan, mangkuk, gelas ( hujung minggu)
-           Masak air gula ( hujung minggu & simpan di dalam peti)
-          Masak air masak disimpan dalam jug besar ( hujung minggu)
-          Bawang mesin ( 1 hari sebelum)

-          Kupas bawang ( 1 hari sebelum)
-          Kupas kentang/ timun/carot & seangkatannya  ( hari kejadian)
-         


-   Beli bahan mentah sehari sebelum kejadian - pastikan bahan masakan telah disenaraikan,. agak ler dengan jemputan yang telah/akan dijemput dengan bahan yang diperlukan. kalau nak lebih senang , buleh jer tanya tukang masak yang pro atau tanya jer tuan kedai.
-   Beli bahan masakan kering hujung minggu
-   Susun bahan masakan lain ditempat yg mudah ditemui oleh org lain mengikut jenis masakan
-    
5.  Persiapan kemas rumah
-   Hujung minggu > bersih habuk, bersih bilik anak, sembahyang,
-   Hari-hari  > dapur, ruang tamu, porc
-   Susun pinggan mangkuk yg telah dibasuh di tempat yg bersesuaian.
-   Jiak tempah kanopi pastikan tempat & pasang awal utk memudahkan penyusunan bahan perlatan

6.  Persiapan hari kejadian
i)                    Tempah air batu
ii)                  Susun tempat makan / kawasaan dengan
iii)                Buat desert yang ringkas jer.. kalau kek @ tart buleh jer sehari sebelumnya
iv)                Pastikan tempoh masa memasak dengan jemputan makan-makan
v)                  Persediaan untuk bungkus makanan utk dibawa pulang kepada tetamu yang berkenaan

ini antara cadangan  MENU MASAKAN yang akan disediakan oleh "saya" kononnya, untuk majlis aqiqah anak pada raya qorban nanti, 

1.      Nasi minyak
2.      Gulai gading
3.      Daging masak merah
4.      Acar timun
5.      Air teh o
6.      Air jagung
7.      Koktail
8.      Ketupat palas - 'tempah jer ngan mak'
9.      Agar-agar  - tak buleh kot, tak sempat, 
10.  Air masak
11. tapai pulut - tempah ngan mak juga lar.. 2 malam sebelum tu pergi bungkus jer..
makanan yang ringkas dan padat... sesuai lar kut pada hemat saya.. jemputan hanya sedara & jiran tetangga yang terdekat ajer dalam lingkungan 100 - 150 orang.  nanti bila majlis tu berlangsung harapnya dapat amik gambar dan dapat kongsi dakt sini. baru lah ada continue nyer.. 

errmm apa lagi agaknya. ...
kalau kenkawang ada yang lain mungkin buleh tambah.. buleh jadi rujukan bersama. T__T

1 ulasan: