Ahad, 27 Oktober 2013

Majlis Khatam Quran peringkat Negeri

Bismilahirohmanirahim..

salam .. sabtu yang lepas, anak kedua dipilih oleh ustazahnya untuk menjoin program khatam Quran peringkat negeri di Stadium tertutup.

kalau zaman saya dolu-dolu, majlis khatam Quran di adakan di peringkat kampung / keluarga/ bersama tok guru mengaji jer..saya dulu dibuat majlis khatam Quran bersama kenkawang yang mengaji bersama. kalau tak silap semasa cuti sekolah darjah 6. walaupun belum habis Quran 'besar', namun tokki ( guru mengaji) naksuruh buat juga bersama kenkawang yang lain. antara kami berempat (BFF), hanya saya aje yang lambat sekali menamatkan Quran 'besar'. 

alhamdulillah berkat ajaran tokki,sampai sekarang boleh mengaji. walaupun selepas itu, ramai tok-guru yang lain sebabnya masuk asrama. 

Anak sulong telah pun menghadirinya pada tahun lepas, ditempat yang sama.

berbalik kepada majlis khatam anak kedua kali ini, majlis perasmian jam 10.00 pagi, tetapi ustazah dah suruh berkumpul kat perkarangan stadium jam 8 pagi. kami bertolak dari rumah jam 8.15 pagi, dan nampaknya kereta dah bersesak -sesak, mujur kami hanya 2, 3 minit jer dari rumah. kali ni en. somi tak ikut sama, saya hanya ajak anak ketiga ajer .

bila nampak jer ustazah nya, saya pun passing jer ayuni & kami pun bersesak masuk mencari tempat duduk. penuh.. yang tinggal hanya seat atas sekali.. fuh.. menapak ler kami mencari tempat duduk . 

tunggu punya tunggu, jam 9.45 pagi baru ler stat.. tu pun belum lagi dirasmikan.. jam 10.15 MB hadir dan membuat sedikit ucapan perasmian. menurut beliau, negeri Terengganu masih mengekalkan tempat pertama bagi tempoh 3 tahun berturut-turut bagi pencapaian kelas KAFA di Malaysia.. 'tumpang bangga ' >__<

suasana pelajar sebelum program berlangsung. semua duduk bersila dalam kelompok sekolah masing2 dan dibekalkan air kotak, roti , sehelai tuala & senaskah buku ayat lazim Al-Quran & doa. tahun ni cuma di letakkan di dalam plastik je....





kami duduk kat atas sekali, kecik jer nampak diaorang kat bawah. tak nampak pun ayuni kat mana. untung jugak duduk kat atas sebab nampak gelagat orang ramai macam-macam ragam, toilet pun dekat jer. tapi kalau tak de sesapa nak tulong beli makanan, berlapaq lah kat atas sana. kebetulan kami dah siap-siap bawak bekal, sebelum masuk dewan pun dah beli bebola untuk fiqa... (belajar dari yang tahun lepas ). padahai kedekut


Inilah peneman saya selama 3jam kat dewan tu . fiqa suka sangat sebab tahun lepas dia tak buleh mari, saya cuma ajak ayuni aje. kalau ajak dedua, tak leh nak control.. nanti 2 tahun lagi mama ngan Azrie plak kat atas ni tengok Fiqa . kalau program ni masih diteruskan & di panjangkan usia.


menjamu selera dengan nasi bekal yang disediakan oleh pihak sekolah. menjamu kat bawah pokok palma. macam pokok kurma jer & dah terasa macam duk kat arabia...
tahun ni, cuma diberi bekal di dalam plastik jabir .. tahun lepas ada juga beg . peruntukan dah kurang agaknya. semasa awal program ni dilaksanakan, ada yang dapat rehal, Naskah AlQuran, tetapi semenjak akhir2 ni, makin tecit bajet. tapi yang Ayuni suka sangat setiap pelajar akan dapat RM 20.00 seorang ( khatam)    &     RM 70.00 kalau yang hafazan



suasana kat luar. ada sesetengah cikgu yang masih mencari pelajarnya yang hilang. kebanyakanya yang datang dengan bas. . 


Banyak juga bajet kerajaan Negeri Terengganu untuk merealisasikan pendidikan Ulul Albab. Tahun ini aje 24 ribu orang pelajar KAFA yang diiktiraf, alhamdulillah, setiap tahun ada peningkatan. Kerajaan Negeri memang komited di dalam merencanakan program pelajaran.  cuma harapnya kerajaan tidak menamatkan program di peringkat sekolah rendah aje, ianya perlu diteruskan ke peringkat menengah. walaupun ada program tahfiz, imtiaz,dll, cuma rasanya macam tak menyeluruh je.. atau saya yang tak menyedari / melibatkan dalam semua program kerajaan. 

kesimpulannya :-

 - kena bawak bekal makanan, jajan ke, air .. berdondang sayang peyut kami kat atas walaupun 3 jam jer. 
-  sebaiknya bawak tikar, buleh lepak-lepak kat luar sambil makan nasik bekal. 
   sambil tengok gelagat orang . hehe..


>_< 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan