Isnin, 27 Januari 2014

Ko Kurikulum Sekolah Anak-anak

BISMILAHIRAHMANIRRAHIM

Di awal persekolahan sememangnya, pelbagai perbelanjaan persekolahan perlu dilangsaikan oleh ibu bapa. 

Bermula dengan yuran sekolah PIBG, alat tulis, buku latihan, pakaian / peralatan sukan, pakaian / peralatan ko kurikulum sekolah, & yuran itu ini..

Iskk, banyak jugak ler .. macam curah air ajer duit yang ada.. tapi Alhamdulillah, nikmat Allah sentiasa banyak dan mencukupkan segalanya. syukur Ya Allah.

Zikry pada tahun ni dah Tingkatan Satu, wajib menyertai salah satu badan beruniform. maka dia telah memilih pasukan JPAM ( Jab. Pertahanan Awam Malaysia). dia pilih katanya sebab, kat JPAM ajer yang tak ramai yang beratur. ontah lah si sulong ni, ambil mudah ajer..  semasa sekolah rendah, dia menyertai kadet remaja sekolah, tapi tak nak disambungnya pada tahun ini, kouta kat situ dah penuh, katanya.

Ayunie pula, masih lagi Puteri Islam. tetapi pada tahun ini, cikgunya hanya suruh beli kain & tudung pink ajer... dah memborong kat Ten-Ten. kain sahaja RM 8.90, tudung masih pakai yang tahun lepas.. kedekut punya mamajimat le sikit. tahun lepas pun tak beli juga pakaian seragam nyer, hanya beli  t-shirt ajer.. bukan tak nak beli, tapi, baju yang dijual tu semuanya besar. tak de pun yang saiz nyer.. 2/3 kedai juga kami pusing-pusing cari.

Afiqah masih belum menyertai apa-apa badan beruniform. lagik le jimat..

sebagaimana biasa, pakaian seragam badan beruniform ini memang mahal. Semalam dah ke kedai yang jual pakaian seragam. kalau kat K.T ni, salah satu tempatnya adalah Rex Trading. sampai jer kat kawasan tu, tengok parking dah penuh tapi memang selalu penuh pung  . nak masuk ke kedai lagi terkejut, macam malam hari raya, berhimpit-himpit manusia. mak, pak, budak, semua ada. 
 

tengok lah keadaan nya tu.. bersesak-sesak

bila tanya budak penjual tu, dia kata saiz kecik sekali bagi baju saiz S, tapi Zikry tak nak sebab besar yang amat. lengan baju ajer dah lebih dari siku. try pulak seluar, lagik lar besar. saiz 26 yang kecik sekali. kalau setakat labuh tak pe, masalahnya pinggang pun besar. keluar ajer tanpa beli apa-apa. pakaian tu di jual asing-asing. baju ajer RM 39.90 (saiz s), seluar pulak RM 45.90

 
yang ni kat kedai lain. tapi dealer nya dari kedai Rex Trading jugak. sama saiz jugak. Yang lengan panjang untuk pompuan. cute jer cutting nyer.


 yang ini kat pasar sehari , kalernya lain skit. sama dengan kaler seluar yang kat Rex Trading tu. tapi dijual sepasang iaitu RM 150.00. omakkau mahaiinya..

Keputusan yang diambil, langsung tak beli lagi. tunggu jawapan Zikry pakaian yang sahihnya camner. & nak cuba cari kat lain kot-kot ada yang saiz kecik skit.

zaman besekolah dulu, mak dah pesan jangan masuk pengakap, sebab pakaiannya mahal. jadiknya saya hanya masuk PBSM ( sekolah rendah) . senang, hanya t-shirt PBSM tu pun mahal jugak dulu, kalau tak silap mak tak beli, ada sepepu yang kasi & kain anduh hanya ambil kain napkin adik ajer..ohk.. nostalgianya.

bila sekolah menengah masuk Puteri Islam, cuma kain pink & tudung pink ajer.. tak de lagi pakaian seragam seperti sekarang. 

ada ahkak kat sini bagitau, untuk pakaian seragam pengakap bagi anaknya adalah RM 180.00. ommakkau. tak dapat dibayangkan bagi keluarga yang berpendapatan rendah dan anak-anak yang berderet. camner ler.. agaknya.

Rabu, 22 Januari 2014

Disember 2013 - Hari Lahir & Buat IC

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

3 Orang anak saya dilahirkan pada bulan Disember, makanya 3 bijik kek kena dibuat pembedahan ..

kalau dulu masa setahun dua boleh lagi untuk bergabung, sekarang ni diaorang dah besar maka sorang satu kek larr.., hanya sambutan kecilan begini lar setiap tahun. 

Di doakan moga anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat serta  segala yang baik dan dirahmati dari Allah S.W.T dilimpahi pada mereka.. ameen..  

 
Kek Ayuni  - sponsor oleh  ayah aka tokki ( 08/12).  Tapi sayang ..birthday girl takde.  jimat dan berbaloi

 
Kek Zikry - disambut kat La Hot Spring ( 21/12). murah tapi sedap..

 

Kek Afiqah - yang paling comel  ( 29/12). cuma bagi hadiah kat diorang gelang yang dibeli kat Sabah ajer.
  
 sikecil pun tumpang potong kek jugak.. birthday dia sorang ajer di bulan februari. 

Oleh kerana Zikry dah menempuhi alam 12 tahun, maka ini lah masanya untuk dibuat kad pengenalan.. 

sekarang ni, buat IC dah mudah, seingat zaman saya dulu tahun 1989  time buat IC kena gi ambil gambar dulu kat kedai, pastu baru lah gi buat kat pej. pendaftaran.

untuk sekarang ni, just ambil no giliran, isi borang berkaitan, tunggu nombor dipanggil, & pastikan anak-anak kena pergi bersama penjaga, ambil gambar & keesokan harinya dah boleh IC baru. mudah dan cepat. lagipun sekarang kaunternya banyak, hari cuti pun diaorang bekerja



Pada hari kejadian tu, kerani kat kaunter tu baik, walaupun orang ramai &  saya tak tau kena ingat utk isi , dia tetap layan dengan baik. pertama kali buat tak kena bayaran kecuali melebihi 30 hari



satu perbezaan, yang atas gambar untuk darjah satu, & bawah gambar untuk darjah enam.. 

di samping tu, saya pun turut tumpang sama untuk buat IC  baru &di caj RM 10.00



Selasa, 21 Januari 2014

Terbang ke Sabah - Part 3

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

entry sambungan dari episod sebelumnya disini . harapnya entry ni tidak lah seperti sinetron indon atau korea. cukup lah sekadar seperti drama Akasia ajer, panjangnya hanya 3, 4 kali sambung ajer.. apa lah yang aku kelaut ni..

Masih lagi hari pertama, selepas ajer bangun tidur dan mandi, kitaorang pun keluar ambil angin kat luar. jam 7.00 dah nak naik bas sebab nak gi makan di Restoran Kg. Nelayan. 
Kat Sabah memang awal 1 jam dari semenanjung. jadi jam 6.00 tu dah gelap. lagipun waktu kitorang gi, asyik hujan ajer waktu petang. 

sempat lah menjengah ke Pasar Pilipin yang jual kraftangan dan segala mak nenek perhiasan wanita; esp mutiara. Tapi dinasihatkan jangan memborong kat sini lar,, sebab mahalnya berganda-ganda. 
 
terdapat 4 pasar utama kat sini, satu pasar jualan makanan ringan (  kuih cincin,  ), pasar kraf, pasar ikan kering & pasar basah. Kitaorang tak memborong lagi, sebab dalam keadaan hujan & nak keluar makan lagi, Bercadang nak memborong kat pasar malam pilipin jer.

 
Bas bawak kitaorang makan di Restoran Kg, Nelayan dan terdapat persembahan pada malam tu. pelancong pun ramai jugak. makanan pun best. enjoy dengan persembahan. yang best adalah udang goreng nestum, ikan kerapu 3 rasa.. licin 

First dihidangkan air teh cina & mangkuk air limau.. jangan dicampur plak dalam teh cina.. mangkuk tu buat basuh tangan..

Oleh kerana parking bas adalah jauh, berlari lah kitaorang meredah hujan yang lebat . semua orang kebasahan. ingatkan nak mencuci poket kat pasar malam pilipin tu, tapi dek kerana hujan, maka cuci muka & tidor ajer ler..
 
Bangun pagi, breakfast dulu kat hotel. makanan okey. best. cuma yang heavy tak best, macam nasi goreng / mee tu tak best. kalau yang  ringan best & macam-macam pilihan.. 

Jam 12.00 di dalam jadual sepatutnya dah gerak ke Kundasang. oleh kerana oficer kami nak solat jumaat, maka, lawatan ke Kundasang dibatalkan. maklumlah waktu tu setiap petang hujan. jadik berisiko skit.

jadual di ubah, maka kitaorang mengisi perut dulu. masih banyak makanan laut juga, walaupun nama restoranya masakan padang. yang sama hanyalah sambal ijau ( walaupun rasanya tak sama) & begedil. Selepas mengisi perut terus ke One Borneo. tak de apa yang menarik pun. 
kemudian kami ke...


 

oleh kerana tidak dapat ke Kundasang, jadual diubah ke 'Rumah Terbalik'. kaya raya tokey rumah terbalik ni. sekali masuk RM 10.00 sekepala &  hanyalah 15 orang, waktu tu, ramai jugak manusia beratur. banyak syarat-syarat, gambar di dalam rumah tak boleh diambil dan bla-bla lagi. masuknya sekejap ajer, beratur je lama..



 


  
semua benda dibuat terbalik. gambar yang kat luar boleh ambil. kat dalam rumah takboleh kalau tak kena denda RM 100.00.. 




makcik blog nak interprem jugak la.. 


  
oleh kerana lagu Marsha AF 3 mempopularkan Jambatan Tamparuli, maka permintaan ke sana di penuhi.. bayangkan jambatan gantung yang setinggi bangunan 5 @ 6 tingkat & jalan yang hanya boleh dilalui sehala sahaja. tapi sekarang jambatan baru dah dibuat. balik je dari jambatan Tamparuli, kitaorang terus gi makan malam pulak.. Restoran nama tak tau depan hotel je. lagi banyak pilihan makanan laut.


 

tengok sekeluarga Jepun x tau betul tak makan lobster, punyala besar bapak. isinya dah diletak atas air batu, lepas habis makan isi semua tu, pelayan ambil balik dan masak masam manis pulak.. 



mujur malam tu tak hujan, maka kami semua menapak ke pasar malam pilipin depan hotel. ramai penjual. sebelum ni orang kata kat pasar malam Kg. Air lagi murah ( kira-kira 500 m @ 1 km dari hotel). tapi kat sana barangan macam dah outdate jer.. harga memang mahal skit kat P.Mlm pilipin ni kalau tak pandai mintak kurang. kami bukan setakatdapat kurang, dapat hadiah lagi. kalau ambil satu/ 2 kotak mintak kurang & mintak hadiah. kat sini lagi terbaru. 4 kotak RM 10.00 

oleh kerana dah malas nak buat 'to be continue'.. macam nak bercerita tamat kat malam ke2 je kot..sapa kisah  hari last macam dah malas nak taip cerita. walaupun banyak kisah yang terjadi yang tidak boleh dilupakan pada hari last & hari balik.
 antaranya 
..
....
terjumpa member study uitm dulu ( bayangkan 16 tahun tak berjumpa, masing-masing dari semenanjung tapi berjumpa di tanah borneo), 
makan malam di restoran cina hingga kan semua pelanggan tu terteleng-teleng tengok kitaorang (saya tak jamah pun & terpaksa makan maggi) 
group kami hampir di tinggalkan flight kerana berpindah randah dari KLIA ke Subang dengan pemandu bas yang enggong, sebahagian barang terpaksa di tinggalkan & dibawa balik oleh agen , semua penumpang flight dah pandang semacam kat kitaorang disebabkan kelewatan hampir 1 jam


 

antara koleksi barangan yang mahu dibeli. akhirnya berjaya beli setelah 3 kali terbang ke Sabah. dapat lah RM 15.00 satu 

 
wajib beli adalah ikan talang masin ( RM 10.00 - RM 15.00 seekor), pingpong ( RM 10.00-4 biji) ikan bilis( gred A RM 15.00 )






 
antara hasil laut yang dijual kat restoran nelayan. tunjuk, timbang, masak dan makan. Dari sekecil-kecil udang sampai lah sebesar-besar udang, boleh pilih..

akhirnya rasanya cukup lah kisah ni.. ambil masa yang amat pannnjang nak ke menghabis entry ni.
bye-bye Sabah,, ada umur & rezeki terbang lagi..

 



Rabu, 8 Januari 2014

Potongan Zakat Pendapatan

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

Mungkin dah ramai yang tahu berkenaan zakat gaji & pendapatan kang.. mungkin ramai juga yang hanya ingat zakat hanyalah zakat fitrah masa Aidilfitri ajer. & mungkin juga dah ramai yang tahu selain zakat fitrah ada lagi zakat lain yang perlu kita bayar seperti zakat emas & perak, zakat perniagaan, haiwan ternak, malahan wang yang disimpan pun wajib dibayar zakat.

Walaubagaimanapun, ada syarat-syarat yang membolehkan seseorang membayar zakat berkenaan seperti Islam, Merdeka, sempurna milik, cukup haul (tempoh), cukup nisab ( paras / nilai) & punca hasil adalah dari yang baik/halal.

Salah satu azam tahun ni adalah untuk konsisten bayar zakat gaji & pendapatan. Sebelum ni ada lar buat bayaran kat kaunter, disebabkan bahagian gaji tak boleh buat potongan gaji. Bila cukup tempoh setahun, kekadang ada rasa terbit dalam hati.. errkkk cam banyak jer nak bayar sekaligus berdebok setahun. kalau dapat dibuat potongan sedikit demi sedikit tak de ler terasa mana.

Alhamdulillah tahun ni dah ada penambahbaikan di bahagian gaji maka, potongan zakat pendapatan dah boleh dibuat melalui gaji. Rasanya,  setiap negeri dah ada sistem yang membolehkan seseorang dibuat pemotongan gaji bagi zakat pendapatan.

maka, dah pun pergi ke kaunter zakat untuk proses pengiraan bayaran camner dan berapa yang sepatutnya dipotong.

pengiraannya cam di bawah :-


 

selain pengiraan di atas, boleh juga jika menggunakan kaedah pendapatan kasar. Potongan zakat ni juga boleh dibuat pengecualian dari Cukai Pendapatan dengan syarat membuktikan pembayaran dibuat. 

Proses nya mudah ajer, isi borang yang sepatutnya, serah jer ke bahagian pengurusan. Bulan berikutnya, insyallah potongan dah dibuat.

Diharap hasil pendapatan tahun ini dan seterusnya lebih diberkati dan dirahmati Allah. Ameenn..


Nota Kisah &Teladan :
1) setiap akhir tahun kena proses borang baru sebab setiap tahun gaji akan meningkat.
2) setiap hasil / pendapatan yang diperolehi ada hak untuk orang lain.
3) Diharap ini lah pelaburan / saham yang diberkati dan  akan dikutip di akhirat nanti.