Selasa, 21 Januari 2014

Terbang ke Sabah - Part 3

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

entry sambungan dari episod sebelumnya disini . harapnya entry ni tidak lah seperti sinetron indon atau korea. cukup lah sekadar seperti drama Akasia ajer, panjangnya hanya 3, 4 kali sambung ajer.. apa lah yang aku kelaut ni..

Masih lagi hari pertama, selepas ajer bangun tidur dan mandi, kitaorang pun keluar ambil angin kat luar. jam 7.00 dah nak naik bas sebab nak gi makan di Restoran Kg. Nelayan. 
Kat Sabah memang awal 1 jam dari semenanjung. jadi jam 6.00 tu dah gelap. lagipun waktu kitorang gi, asyik hujan ajer waktu petang. 

sempat lah menjengah ke Pasar Pilipin yang jual kraftangan dan segala mak nenek perhiasan wanita; esp mutiara. Tapi dinasihatkan jangan memborong kat sini lar,, sebab mahalnya berganda-ganda. 
 
terdapat 4 pasar utama kat sini, satu pasar jualan makanan ringan (  kuih cincin,  ), pasar kraf, pasar ikan kering & pasar basah. Kitaorang tak memborong lagi, sebab dalam keadaan hujan & nak keluar makan lagi, Bercadang nak memborong kat pasar malam pilipin jer.

 
Bas bawak kitaorang makan di Restoran Kg, Nelayan dan terdapat persembahan pada malam tu. pelancong pun ramai jugak. makanan pun best. enjoy dengan persembahan. yang best adalah udang goreng nestum, ikan kerapu 3 rasa.. licin 

First dihidangkan air teh cina & mangkuk air limau.. jangan dicampur plak dalam teh cina.. mangkuk tu buat basuh tangan..

Oleh kerana parking bas adalah jauh, berlari lah kitaorang meredah hujan yang lebat . semua orang kebasahan. ingatkan nak mencuci poket kat pasar malam pilipin tu, tapi dek kerana hujan, maka cuci muka & tidor ajer ler..
 
Bangun pagi, breakfast dulu kat hotel. makanan okey. best. cuma yang heavy tak best, macam nasi goreng / mee tu tak best. kalau yang  ringan best & macam-macam pilihan.. 

Jam 12.00 di dalam jadual sepatutnya dah gerak ke Kundasang. oleh kerana oficer kami nak solat jumaat, maka, lawatan ke Kundasang dibatalkan. maklumlah waktu tu setiap petang hujan. jadik berisiko skit.

jadual di ubah, maka kitaorang mengisi perut dulu. masih banyak makanan laut juga, walaupun nama restoranya masakan padang. yang sama hanyalah sambal ijau ( walaupun rasanya tak sama) & begedil. Selepas mengisi perut terus ke One Borneo. tak de apa yang menarik pun. 
kemudian kami ke...


 

oleh kerana tidak dapat ke Kundasang, jadual diubah ke 'Rumah Terbalik'. kaya raya tokey rumah terbalik ni. sekali masuk RM 10.00 sekepala &  hanyalah 15 orang, waktu tu, ramai jugak manusia beratur. banyak syarat-syarat, gambar di dalam rumah tak boleh diambil dan bla-bla lagi. masuknya sekejap ajer, beratur je lama..



 


  
semua benda dibuat terbalik. gambar yang kat luar boleh ambil. kat dalam rumah takboleh kalau tak kena denda RM 100.00.. 




makcik blog nak interprem jugak la.. 


  
oleh kerana lagu Marsha AF 3 mempopularkan Jambatan Tamparuli, maka permintaan ke sana di penuhi.. bayangkan jambatan gantung yang setinggi bangunan 5 @ 6 tingkat & jalan yang hanya boleh dilalui sehala sahaja. tapi sekarang jambatan baru dah dibuat. balik je dari jambatan Tamparuli, kitaorang terus gi makan malam pulak.. Restoran nama tak tau depan hotel je. lagi banyak pilihan makanan laut.


 

tengok sekeluarga Jepun x tau betul tak makan lobster, punyala besar bapak. isinya dah diletak atas air batu, lepas habis makan isi semua tu, pelayan ambil balik dan masak masam manis pulak.. 



mujur malam tu tak hujan, maka kami semua menapak ke pasar malam pilipin depan hotel. ramai penjual. sebelum ni orang kata kat pasar malam Kg. Air lagi murah ( kira-kira 500 m @ 1 km dari hotel). tapi kat sana barangan macam dah outdate jer.. harga memang mahal skit kat P.Mlm pilipin ni kalau tak pandai mintak kurang. kami bukan setakatdapat kurang, dapat hadiah lagi. kalau ambil satu/ 2 kotak mintak kurang & mintak hadiah. kat sini lagi terbaru. 4 kotak RM 10.00 

oleh kerana dah malas nak buat 'to be continue'.. macam nak bercerita tamat kat malam ke2 je kot..sapa kisah  hari last macam dah malas nak taip cerita. walaupun banyak kisah yang terjadi yang tidak boleh dilupakan pada hari last & hari balik.
 antaranya 
..
....
terjumpa member study uitm dulu ( bayangkan 16 tahun tak berjumpa, masing-masing dari semenanjung tapi berjumpa di tanah borneo), 
makan malam di restoran cina hingga kan semua pelanggan tu terteleng-teleng tengok kitaorang (saya tak jamah pun & terpaksa makan maggi) 
group kami hampir di tinggalkan flight kerana berpindah randah dari KLIA ke Subang dengan pemandu bas yang enggong, sebahagian barang terpaksa di tinggalkan & dibawa balik oleh agen , semua penumpang flight dah pandang semacam kat kitaorang disebabkan kelewatan hampir 1 jam


 

antara koleksi barangan yang mahu dibeli. akhirnya berjaya beli setelah 3 kali terbang ke Sabah. dapat lah RM 15.00 satu 

 
wajib beli adalah ikan talang masin ( RM 10.00 - RM 15.00 seekor), pingpong ( RM 10.00-4 biji) ikan bilis( gred A RM 15.00 )






 
antara hasil laut yang dijual kat restoran nelayan. tunjuk, timbang, masak dan makan. Dari sekecil-kecil udang sampai lah sebesar-besar udang, boleh pilih..

akhirnya rasanya cukup lah kisah ni.. ambil masa yang amat pannnjang nak ke menghabis entry ni.
bye-bye Sabah,, ada umur & rezeki terbang lagi..

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan