Isnin, 27 Januari 2014

Ko Kurikulum Sekolah Anak-anak

BISMILAHIRAHMANIRRAHIM

Di awal persekolahan sememangnya, pelbagai perbelanjaan persekolahan perlu dilangsaikan oleh ibu bapa. 

Bermula dengan yuran sekolah PIBG, alat tulis, buku latihan, pakaian / peralatan sukan, pakaian / peralatan ko kurikulum sekolah, & yuran itu ini..

Iskk, banyak jugak ler .. macam curah air ajer duit yang ada.. tapi Alhamdulillah, nikmat Allah sentiasa banyak dan mencukupkan segalanya. syukur Ya Allah.

Zikry pada tahun ni dah Tingkatan Satu, wajib menyertai salah satu badan beruniform. maka dia telah memilih pasukan JPAM ( Jab. Pertahanan Awam Malaysia). dia pilih katanya sebab, kat JPAM ajer yang tak ramai yang beratur. ontah lah si sulong ni, ambil mudah ajer..  semasa sekolah rendah, dia menyertai kadet remaja sekolah, tapi tak nak disambungnya pada tahun ini, kouta kat situ dah penuh, katanya.

Ayunie pula, masih lagi Puteri Islam. tetapi pada tahun ini, cikgunya hanya suruh beli kain & tudung pink ajer... dah memborong kat Ten-Ten. kain sahaja RM 8.90, tudung masih pakai yang tahun lepas.. kedekut punya mamajimat le sikit. tahun lepas pun tak beli juga pakaian seragam nyer, hanya beli  t-shirt ajer.. bukan tak nak beli, tapi, baju yang dijual tu semuanya besar. tak de pun yang saiz nyer.. 2/3 kedai juga kami pusing-pusing cari.

Afiqah masih belum menyertai apa-apa badan beruniform. lagik le jimat..

sebagaimana biasa, pakaian seragam badan beruniform ini memang mahal. Semalam dah ke kedai yang jual pakaian seragam. kalau kat K.T ni, salah satu tempatnya adalah Rex Trading. sampai jer kat kawasan tu, tengok parking dah penuh tapi memang selalu penuh pung  . nak masuk ke kedai lagi terkejut, macam malam hari raya, berhimpit-himpit manusia. mak, pak, budak, semua ada. 
 

tengok lah keadaan nya tu.. bersesak-sesak

bila tanya budak penjual tu, dia kata saiz kecik sekali bagi baju saiz S, tapi Zikry tak nak sebab besar yang amat. lengan baju ajer dah lebih dari siku. try pulak seluar, lagik lar besar. saiz 26 yang kecik sekali. kalau setakat labuh tak pe, masalahnya pinggang pun besar. keluar ajer tanpa beli apa-apa. pakaian tu di jual asing-asing. baju ajer RM 39.90 (saiz s), seluar pulak RM 45.90

 
yang ni kat kedai lain. tapi dealer nya dari kedai Rex Trading jugak. sama saiz jugak. Yang lengan panjang untuk pompuan. cute jer cutting nyer.


 yang ini kat pasar sehari , kalernya lain skit. sama dengan kaler seluar yang kat Rex Trading tu. tapi dijual sepasang iaitu RM 150.00. omakkau mahaiinya..

Keputusan yang diambil, langsung tak beli lagi. tunggu jawapan Zikry pakaian yang sahihnya camner. & nak cuba cari kat lain kot-kot ada yang saiz kecik skit.

zaman besekolah dulu, mak dah pesan jangan masuk pengakap, sebab pakaiannya mahal. jadiknya saya hanya masuk PBSM ( sekolah rendah) . senang, hanya t-shirt PBSM tu pun mahal jugak dulu, kalau tak silap mak tak beli, ada sepepu yang kasi & kain anduh hanya ambil kain napkin adik ajer..ohk.. nostalgianya.

bila sekolah menengah masuk Puteri Islam, cuma kain pink & tudung pink ajer.. tak de lagi pakaian seragam seperti sekarang. 

ada ahkak kat sini bagitau, untuk pakaian seragam pengakap bagi anaknya adalah RM 180.00. ommakkau. tak dapat dibayangkan bagi keluarga yang berpendapatan rendah dan anak-anak yang berderet. camner ler.. agaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan