BISMILAHIRAHMANIRAHIM
3 Orang anak saya dilahirkan pada bulan Disember, makanya 3 bijik kek kena dibuat pembedahan ..
kalau dulu masa setahun dua boleh lagi untuk bergabung, sekarang ni diaorang dah besar maka sorang satu kek larr.., hanya sambutan kecilan begini lar setiap tahun.
Di doakan moga anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat serta segala yang baik dan dirahmati dari Allah S.W.T dilimpahi pada mereka.. ameen..
Kek Ayuni - sponsor oleh ayah aka tokki ( 08/12). Tapi sayang ..birthday girl takde. jimat dan berbaloi
Kek Zikry - disambut kat La Hot Spring ( 21/12). murah tapi sedap..
Kek Afiqah - yang paling comel ( 29/12). cuma bagi hadiah kat diorang gelang yang dibeli kat Sabah ajer.
sikecil pun tumpang potong kek jugak.. birthday dia sorang ajer di bulan februari.
Oleh kerana Zikry dah menempuhi alam 12 tahun, maka ini lah masanya untuk dibuat kad pengenalan..
sekarang ni, buat IC dah mudah, seingat zaman saya dulu tahun 1989 time buat IC kena gi ambil gambar dulu kat kedai, pastu baru lah gi buat kat pej. pendaftaran.
untuk sekarang ni, just ambil no giliran, isi borang berkaitan, tunggu nombor dipanggil, & pastikan anak-anak kena pergi bersama penjaga, ambil gambar & keesokan harinya dah boleh IC baru. mudah dan cepat. lagipun sekarang kaunternya banyak, hari cuti pun diaorang bekerja
Pada hari kejadian tu, kerani kat kaunter tu baik, walaupun orang ramai & saya tak tau kena ingat utk isi , dia tetap layan dengan baik. pertama kali buat tak kena bayaran kecuali melebihi 30 hari
satu perbezaan, yang atas gambar untuk darjah satu, & bawah gambar untuk darjah enam..
di samping tu, saya pun turut tumpang sama untuk buat IC baru &di caj RM 10.00
Tiada ulasan:
Catat Ulasan