Isnin, 4 November 2013

Ubi Kayu

Bismillahirahmanirahim..



Tajuk hari ini ubi kayu.. hikhikhikkk.. macam kelakor benor jer bila jadi blogger yang tak diiktiraf oleh sesapa ni.. ubi kayu pun boleh dijadikan cerita.. kebiasaanya setiap rumah yang bertanah mesti ada yang spesis ubi ini. kecuali yang kureng suka ubi la kot..

Bila tiba musim tengkujuh, di tepi jalan terutamanya di sekitar Manir, Terengganu, memang ramai peniaga menjual ubi. Berlongkok-longkok spesis ubi dijual di tepi jalan. Bermacam-macam jenis nama ubi, ada ubi keling, ubi itik, ubi steler, ubi keledek, ubi keladi. gambar tak ambik.... 

Satu masa dulo, bila time hujan, mesti ayah ada bawak balik ubi hasil cabutannya di 'gong'. bila malam, memang dah boleh makan ubi berasap cicah nyiur muda parut sambil berebut ngan abang-abang. perghh.. bestnyer nostalgia. kalau ada ubi yang besar, saya pun sibuk lar memarut ( dulu tak de mesin nyiur) untuk emak buat talam ubi kayu @ bengkang @ beke. bestnyer.. tapi saya belum reti lagi untuk buat . hukhuk

Bila sampai kat rumah, dah nampak pokok ubi yang dah menjalar besar, . ting.. terus saya mencabutnya. mudah jer nak cabut, sebab tanah berpasir, henjut jer 2, 3 , 6,7,8  kali, terus tercabut. rupanya ada juga yang patah kat dalam, panggil en. abang ler, untuk proses seterusnya..tak larat ler nak cangkul keluar, nanti terkena isi..





ini lah dia ubi kayu yang akan dikendurikan.. cabut 2 pokok perdu aje.. tengok lah hasilnya.. lumayan. ( tuan tanam hanya diberi nampak kaki aje...)




pucuk ubi kayu saya ambik dan buat sayur lemak. separuh lagi dicelur dan dicicah budu, makan bersama ikan kering goreng. licin... nasi seperiuk



azri yang tak nak bergambor.. 





sebahagian kawasan yang berbudi pada tuan tanah. En. abang kata dia akan tanam balik keratan batang ubi. Maka nanti makin bercambah lah ubi kayu. sebenarnya masih ada 3, 4 perdu lagi kat tepi tu. Yang dicabut hanya yang paling besar & tinggi. 

Baka ubi ni datangnya dari jiran belakang rumah. dah banyak budinya. dah hampir 3 kali di ambil dan makin bercambah. ' murah rezeki en.jiran (pahala berlipat-lipat ganda). (terima kasih en. jiran.)


3 ketul kecik saya rebus dan buat bekal untuk ke La Hot Spring, separuh lagi saya kasi kepada kakak ipar. baki saya buat lempeng ubi kayu, makan bersama sambal ayam di malam final Piala Malaysia ( Pahang vs Kelantan - yang dijuarai oleh Pahang)... dan masih ada baki lagi yang cadangnya nak buat kerepek.








(abaikan lah mana yang sepatutnya yer..) 
Lempeng ubi kayu. Mula-mula parut ubi kayu, kemudian campur jer dengan gandum, garam, gula. (agak-agak jer. ). makan sambil cicah sambal ayam beserta air kopi berasap. fuh.. tak sedar, Kelantan kalah ( 1-0) Final Piala Malaysia tahun 2013.


Nota Kisah & Teladan..
 1) berbudi kepada tanah pasti ada hasil. 
2) sebatang pokok ubi banyak perkara yang boleh dibuat, sayur lemak, cicah budu, batang nya boleh ditanam semula - dapat hasil lagi., ubi boleh direbus - makan cicah nyiur, cicah sambal bilis, buat beke ( bengkang), kerepek, pengat ubi.. fuhhh!! .
3) proses menanam yang mudah . cucuk-cucuk je dah buleh hasil setelah 2/3 bulan
4) ubi kalau dah tua benor dah tak best sebab dia dah jadi kayu, buat bengkang boleh... masa muda belia amat sesuai untuk direbus.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan