BISMILAHIRAHMANIRAHIM.
Hujung minggu baru-baru ini, sisulong bersama ayah dan pak sedaranya telah pergi mengail di Teluk Ketapang. Walaupun daam keadaan hujan, diorang tetap mengail hingga jam 1 pagi.
Alhamdulillah, hasilnya agak lumayan juga.
dapatlah 3 ekor ikan Pulut Tam. saya tak tau nama komersial dan tak pernah tengok pun ikan ni kat pasar. selain tu dapatlah juga ikan duri dan ikan gelama.
inilah salah seekor hasil ngail nyer. hampir 2 kilo katanya. bentuk ikan seakan-akan ikan duri. Isinya pejal.
Keesokan harinya, kebetulan anak saudara dan adik ipar datang menziarah. Diorang pulang bercuti dari Kelantan dan Johor, maka en. abang telah memaksa rela adiknya agar memasak asam pedas sepeti masakan arwah chik ( mentua).
ni gambar semasa proses memasak singgang asam pedas tu. seekor ajer, pun dah dapat seperiuk. seekor lagi telah dieksport ke rumah emak.
masakan untuk 7 orang dewasa, 4 orang kanak-kanak. licin nasik 2 periuk.
selain singgang asam pedas, sempatla saya memasak singgang biasa, sambal bilis, bakar ikan kembung bersama beberapa ekor udang di dalam pemanggang ajaib beserta ikan masin.
Hidangan pun sesempoi mungkin ajer, makan bersila dan bersenandung dengan air hujan yang lebat kat luar rumah.
Untuk panduan dan rujukan masa akan datang, kena lah tempek resepinya.
Singgang Asam pedas versi Ikan Pulut Tam
Lengkuas ]
bawang merah ]
bawang putih ] Tumbuk
kunyit hidup ]
lada merah ]
asam gelugur
daun kesum
bunga kantan
garam
air secukupnya
bahan-bahan yang ditumbuk, dimasuk ke dalam periuk bersama air ( sikit ajer dulu) , ikan dan garam. Apabila dah mendidih, masukkan lebihan air, daun kesum, asam gelugur dan bunga kantan. biarkan mendidih lagi dan rasakan kuahnya. apabila kuah pekat dan secukup rasa, tutup api dan hidang.
P/S ; kalau saya lebih suka, didihkan air dulu bersama bahan tumbuk, bila dan mendidih, baru masukkan ikan dan bahan-bahan tambahan lain.