Isnin, 25 November 2013

Limau kasturi limau purut

Bismilahirahmanirahim..

 

Limau kasturi, Limau Purut,
Kita cuti, hilang serabut,

Baru-baru ini, semasa Hari Penternak & Peladang peringkat Negeri, ada nampak jualan pokok. Pada tahun lepas pun ada & di buat di perkarangan Stadium  Gong Badak. namun tak pernah terfikir pun untuk beli pokok-pokok yang dijual. Sekadar cuci mata aje. Lagipun tuan tanam kata dah tak de tempat untuk ditanam.

Namun kali ini, saya tekad untuk membelinya juga. Bukannya mahal pun, sekadar RM 6.00 ( purut) & RM 7.00 ( kasturi). 

Bila dah beli, bawak balik aje. Saya kasi letak aje dalam polibeg tu berminggu-minggu. minggu lepas, tuan tanam dah tanam kat tanah.

Proses penanaman pokok oleh tuan tanam. dia kata tanam kat kawasan ubi kayu yang telah dicabut baru-baru ini. 

 
akhirnya berjaya juga kasturi ni duduk kat tanah dan yang terkejutnya, dah berbunga. namun tak pasti samada bunga tu tahan atau tak. buah 3 biji tu,  saja tak nak ambil lagi. buah tu dah ada semenjak dari beli lagi . 


 begitu juga pokok limau purut ni. dah berakar kat tanah dan dah berpucuk baru. namun ulat banyak berternak kat daun limau purut ni. ubat apa agaknya yang sesuai. ? kalau nak ambil daunnya , adakah perlu dipotong hingga kebatangnya ?
P/S : kalau ada lar yang sudi menjawab soklan ni. ribuan terima kasih diucapkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan