Hari ini sekadar ingin berkongsi berkenaan pokok mulbery yang ditanam di kawasan kebun kecil kami. Setiap pokok yang ditanam kat rumah ni ada cerita yang tersendiri sebenarnya. Macam pokok bery ni, pokok ni ditanam seawal pemilikan rumah ni. Dah confirm dapat beli rumah ni (sekitar tahun 2009), tukang tanam aka en. abang terus cop dengan menanam pokok mulbery.
Lagipun pokok ni senang aje hidup, tukang tanam pacak aje, terus tumbuh tunas. Sebelum ini, tukang tanam pacak 2 pohon, tapi satu pohon dah dicabut. benih pokok ni dapat free ajer, dari kakak ipar. Akar tunjang pokok ni besar, kalau letak dekat dengan longkang mungkin pecah agaknya.
Sekarang ni, hanya sepohon sahaja yang ada kat rumah. Tu pun dah besar gedabak. Tukang tanam kata nak buang juga nanti. Lagipun sekarang ni, kebun kecil kami diserang serangga yang putih tu. serangga tu menyerang batang, dan dah habis ke pucuk. yang lebih menjadi masalah sehingga ke akar. masih dalam proses mencari racun yang terbaik.
Pokok ni kalau nak berbuah lebat, haruslah dicantas sentiasa daunnya. kalau tak dicantas, memang malas nak berbuah .
Si bongsu memang gemar buah ni. kebetulan ada yang berbuah di pagkal, senang aje dia kutip. Kebetulan baru-baru ni selepas hujan, so, nyamuk berkeliaran. lagipun kebanyakan, buah belum masak. tapi dah namanya budak, semua dia kutip dan masuk mulut.
sebahagian buah yang dikutip, tak sabar tangan sebongsu nak makan.
Disebabkan nyamuk, dan kawasan laluan Azrie, so, saya pun mencantas keseluruhan batang yang kat bawah. Terus terang benderang & si bongsu pun dah tak boleh nak kutip. Tinggal yang kat atas aje.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan