hujung minggu baru-baru ini, bila ke pasar, ada lah tengok sotong. sotong yang halus panjang, amat sesuai untuk dibuat singgang, & tak sesuai untuk dibuat ketupat sotong.
saya pun dengan jaya nya, menerjah blog untuk tengok resepi. Bayangkanlah, resepi yang seringkas itu pun, perlu buat blogwalking..hiskk..
hasilnya,
;;;;;;;;;;;;;;;;;
;;
;;;;
;;;;;;;;;;
;;
;;
;;
tadaaa..
oleh kerana lepas ni mungkin nak buat lagi, kena la tempek resepi . untuk catatan sendiri..
sotong -bila siang tinggalkan sikit kulitnya.
serai } ketuk
bawang merah 3 ulas } hiris
bawang putih } hiris
lengkuas} hiris
sedikit belacan
asam keping
garam
msg
air
campur kesemua bahan kecuali sotong. bila dah mengelegak agak lama, masukkan sotong sekejap aje. jangan lama nanti sotong keras & bertukar kecik.. siap..
makan bersama nasi panas-panas & ikan goreng, sambal belacan, dan sayur campur goreng..
dan hasilnya,, alhamdulillah, licin diorang menghirup singgang sotong..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan