Selasa, 5 November 2013

La Hot Spring

Bismilahirahmanirahim...

Cuti Diwali baru-baru ini dimanfaatkan bersama keluarga berkelah di La Hot Spring , Besut. Hampir setiap tahun kami sekeluarga bercuti di tempat 'kos rendah' tu. okehhh lar..Yang penting anak-anak boleh bergembira mandi puas-puas.  sebelum ini kami hanya mengikuti ipar aje, cuma kali ini ingin merasa detik bersendirian dengan anak-anak. lagipun diorang tak leh cuti lama sebenarnya. 

Salah satu sebab utama kami sering ke situ kerana , air cetek, sesuai untuk kanak-kanak bawah 2 tahun dan keatas. Ada 3 tempat, satu kolam air panas, satu lagi kolam air sejuk dan sungai yang mengalir ada air sejuk dan air panas.. lagipun kat sini rasanya tak de fenomena kepala air seperti di Lata Tembakah atau Lata Belatan. ( atau kami yang tak tahu)

Disebabkan tidak merancang awal-awal, jadinya kami bertolak agak lambat, sampai jer .. dah petang. Nasib masih ada chalet yang kosong, walaupun kurang selesa, tapi tak pe lar.. nak tido jer.

Jarak dari Kuala Terengganu ke La Hot Spring lebih kurang 130 km +++ kot.. jarak dari jalan utama pun dah hampir 30 km ++ . nak masuk ke sana dah dikenakan caj sekarang, RM 1.00 sekepala... ingatkan kat sini aje, rupanya semua tempat rekreasi dikenakan caj. ( kelulusan MMKN katanya). 


kalau nak ke sana sebaiknya prepare makanan siap-siap. lagipun elektrik masih pakai enjin . makna nya hanya malam aje baru ada bekalan elektrik,. dh lar tak leh guna alatan elektrik, nanti tak cukup tenaga. so, pandai-pandai ler ikhtiar hidup. ( walaupun susssaahhh gitu, kami tetap ke sana :)

sesudah makan & solat mahgrib, kami pun turun berendam. okey lar,, sebab orang dah kurang, boleh mandi sepuasnya, air pun suam-suam panas.. mula-mula tu takut jugak, sebab sunyi jer.. tapi selepas 9.00 lebih,, dah ramai dah orang, tapi diorang mandi kat kolam air panas, kitaorang aje yang berendam kat bawah.... 

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami dah get ready nak berendam.. 
jam 1.00 kami dah bersiap balik.. en. abang pergi bayar sewa chalet, kalau diikutkan bayarannya RM 55.00 semalaman,tetapi en. abang bagi tau macam-macam ketidak selesaan, diberi diskaun. so kami cuma bayar RM 40.00 aje. 
sebelum sampai kesana, kami dah beli pelampung, dan google seorang satu kat kedai RM 2.00. 





waktu ini hanya kami berlima aje. masih pagi benor.. tak de orang lagi nak berendam. hanya kami aje yang tak sabar-sabar. lagipun perut dah kenyang, walaupun hanya makan nasi dingin. 


anak sedara, yuni, Abg. yie, iqa & azri



ni di kawasan kolam sejuk. air nya setakat dada ( kalau dewasa). masa ni pukul 8.00 pagi, sesudah makan nasi dingin, diaorang dah tak sabar nak berenang. masih berbaju tidur.

kat bawah skit daripada kawasan di atas untuk bebudak kecik kalau tak bawak pelampung memang sesuai.


kawasan air sungai. selepas berenang kat air sejuk, terus ke air terjun panas.. azri yang masih takut- takut..

Gambar-gambar sebelum ini,  sekitar tahun 2010. 



Yuni & Iqa, masih kecik lagi masa ni..





Nota Kisah & Teladan:-
1) sediakan lauk ala kadar, makan nasi berlauk ikan masin aje pun sedap. makanan ringan, 
2) sebaiknya bawak tikar, pakaian secukupnya, 
3) terdapat pilihan lain sekiranya inginkan suasana yang lebih adventure, boleh ke Lata Tembakah ( 20 minit dari La Hot Spring)  atau Lata Belatan ( 45 mnit)
4) bajet keseluruhan termasuk makan, minum, tempat tidor, minyak dll sekitar RM 130.00 ++. bajet kos rendah.. 
5) yang penting anak-anak gembira.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan