Awal minggu baru ni, terjoin member opis ke Key El. dan kebetulan mesyuarat kitaorang pada hari kedua, so hari pertama, kitaorang pun berdesup menerjah ke Nilai. kebetulan member tu nak masuk rumah baru, ada lah kelengkapan nya yang nak dibeli. Saya hanya menumpang 2 kaki.
Rasanya dah lama tak ke Nilai. sekarang dah bertambah banyak kedai. kitaorang pergi hari Selasa & bukannya musim cuti sekolah, so, orang yang ada cuma boleh di bilang dengan jari aje.
Sempatlah menjengah ke kedai kain langsir. saya tak membeli, cuma melihat patern langsir yang berkenan. ada sesetengah kedai upah jahit nya RM 4.00 sekeping, ada yang RM 6.00. ini hanyalah upah jahit untuk langsir yang bersekali dengan kain keras( yg boleh masukkan besi penyangkut ) tak termasuk untuk jahitan kepalanya. Berbeza setiap kedai. Banyak juga kedai langsir yang diterjah sebab tujuan utama nak cari langsir...
ini antara patern yang berkenan. tak silap 2 keping ni RM 200.00++.
patern ni pun simple gak. cuma kalau nak jahit kena ukur betul-betul dia punya bulatan.
ni ada lagi patern yang simple & susah..nanti boleh try jahit. ( kununnn). memang rambang mata apabila menjengah setiap kedai. lenguh cari buah pusing kedai, last-last tak jumpa yang berkenan. ada yang berkenan kain, upah lak ahal, ada yang berkenan upah, kain lak tak berkenan. last-last lain yang dicari, lain yang dibeli..
selain tu, sempat lah singgah kat kedai tok sheik. kedai jual karpet. member nak beli karpet. saya cuma merembat frame ayat kursi aje. walaupun sekarang trend Lukisan Kaligrafi (LK) @ KUFI, tetapi lawan RM saya tak berkenan dengan LK ni . okey la ngan frame yang biasa ni,, RM 65.00 aje utk 3 set. mintak murah lagi pun, bangla tu dah tak kasi kurang, kalau nak yang murah dia kasi yang macam kat bawah ni. RM 50.00 je 3 set.
yang ni RM 50.00. Surah Yasin. tapi tak berkenan lar pulak, terlalu padat, penuh,
pada hari tu tak habis pun pusing kedai-kedai yang ada, setakat pusingan u ajer.. penat weeiihh.. walaubagaimanapun misi menghabiskan sisa-sisa baki RM yang ada dihujung tahun berjaya...
Nota Kisah & Teladan ambe :-
1) lenkali boleh menjengah ke Nilai time cenggini. tak ramai orang. cuma kurang semangat jer, sebab macam tak de lawan jer. lagipun tak tau samada harganya memang murah atau mahal sebab takde orang nak banding-bandingkan.
2) upah jahit langsir lagi murah kat sini kot daripada upah jahit kat kampung. sebab dah tanya tukang jahit kat kg, diorang caj RM 5.00 sekeping, lagipun tape dia kita kena beli sendiri. lagipun siap dalam masa 1 jam. bila balik dah boleh siap pasang. cuma kena tau betul-betul kedai yang akan diupah, baru lah tak rugikan masa mencari lagi, masa nak upah jahit lagi.
3) standby bawak air mineral @ apa-apa ler, sebab kedai air jauh, lagipun kat kedai tak sediakan air pun ( atau saya yang tak dapat). peniaga kita tak macam kat Batam @ Pulau Karimun @ Bandung , setiap kedai diorang memang disediakan air mineral ( atau cuma diberikan kepada pelancong ajer ??? ) @ ata memang saya yang ketinggalan kot..
P/S : agaknya korang semua yang dah berpuluh kali @ beribu kali ke Nilai pun tak bercerita kat blog pun kan,,..
salam singgah, ingt nk ajak bini wak dtg sini.. ;p
BalasPadam