Hari ini catatan tanpa gambar.
sebelum ini tidak pernah terfikir untuk create blog, namun setelah sering membuat blogwalking bagi mencari sesuatu, maka terfikir untuk mengabadikan catatan dalam bentuk blog.
mungkin orang kata, kenapa tak buat catatan dalam 'word' @ 'excel' biasa, tetapi oleh kerana dirasakan
sebenarnya, blog memang memberi manfaat yang berguna ( kepada orang yang mencari apa yag berguna), contohnya, hasil catatan blog yang lain, barulah kita tahu bahawa ini boleh dijadikan itu, itu boleh dijadikan ini dsbgnya.
Di dalam dunia blog macam-macam 'demam' boleh terjadi, antaranya minggu ni demam deco, mungkin minggu depan demam kek, mungkin minggu berikutnya demam DIY. yang pasti dalam dunia blog tak pernah kebah demam tu, sentiasa demam. kalau nak kebah jugak, tak usah bukak blog, maka kita takkan tahu demam terkini.
semenjak berblog, serba sedikit berminat untuk berkebun dapur, berminat untuk melakukan sendiri ( DIY), berminat untuk menjahit, berminat untuk deco-deco.
Antara blog yang memberi inspirasi adalah diari kebun~@na , susunatursioca, azid-inspirasi alam, dan banyak lagi..
Diharap blog-blog yang menjadi inspirasi ini akan terus beri manfaat kepada seluruh alam blog dan akan terus berkarya untuk manfaat bersama.
harapnya juga, apa yang baik di dalam blog ini akan dijadikan panduan, yang buruk dijadikan iktibar.
sejambangan bunga untuk semua penulis blog yang memberi inspirasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan